[HOKI] MALAYSIA BANGKIT BENAM AFRIKA SELATAN

Malaysia-vs-South-Africa-World-League-Hockey-2013Malaysia kembali menyalakan api harapan dalam misi memburu tiket ke Piala Dunia 2014. Skuad bimbingan Paul Revington berjaya mencatatkan kemenangan pertama dalam saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia apabila mengalahkan Afrika Selatan 6-4 pada perlawanan kedua kumpulan B di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru semalam. Kemenangan tersebut berjaya menebus kembali kekecewaan diikat seri 4-4 dengan Pakistan pada aksi pembukaan kelmarin.

Skuad negara bermula garang dengan mengasak kubu Afrika Selatan sebaik perlawanan bermula dan berjaya memperoleh gol pertama menerusi Faizal Saari pada minit ke-4 apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti. Afrika Selatan berpeluang mengikat kedudukan namun kecemerlangan penjaga gol Malaysia, S. Kumar menafikan dua percubaan pukulan sudut penalti dalam tempoh 6 minit pertama perlawanan. Malaysia terus selesa apabila Muhammad Razie Abdul Rahim meledak gol kedua menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-15.

Namun Afrika Selatan yang berada di ranking ke-12 duniaa tidak mudah mengalah dan berjaya bangkit menerusi Jethro Eustice yang menyempurnakan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-23. Kedudukan 2-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama. Bersambung babak kedua, Afrika Selatan terus memberi tekanan terhadap benteng negara dan berjaya membuahkan hasil untuk menyamakan menerusi jaringan padang Wade Paton pada minit ke-37.

Sembilan minit berselang, Muhammad Razie tidak menghampakan 3,000 penonton yang hadir ke Stadium Hoki Taman Daya apabila cemerlang menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti meletakkan Malaysia kembali di depan

Malaysia terus selesa mendahului 4-2 apabila Faizal Saari yang melakukan gerakan solo mengelecek beberapa pemain lawan sebelum melakukan pukulan kilas menewaskan penjaga gol Afrika Selatan.

Meskipun Afrika Selatan cuba bangkit menerusi jaringan Miguel da Grace pada minit ke-56 namun Malaysia terus menambal gol menerusi Mohd Fitri Saari dan Muhammad Marhan Mohd Jalil pada minit ke-58 dan 63. Skuad bimbingan Gordon Shepherd berjaya mencuri satu lagi gol pada minit ke-69 namun sudah terlambat untuk menafikan kemenangan 6-4 Malaysia ke atas Afrika Selatan.

Pada satu lagi aksi kumpulan B, Pakistan dan England terikat 2-2. Skuad negara yang berada di kedudukan ke-13 dunia bakal berdepan ujian getir berdepan dengan pasukan ranking ke-4 dunia, England Selasa ini sementara Afrika Selatan pula menentang Pakistan. Dalam saingan Kumpulan A pula, Argentina membuktikan kemampuan sebenar membelasah Jepun 7-1 manakala pasukan nombor satu dunia, Jerman membenan cabaran Jepun 5-0.

This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply