[CORETAN] ANDREY ARSHAVIN ADALAH AGEN PENYIASAT RUSSIA?

Arshavin-training-in ArsenalDi sebalik wajah keanak-anakan, Andrey Arshavin sebenarnya merupakan seorang penyiasat Russia. Pendedahan itu dibuat selepas kebocoran maklumat daripada beberapa dokumen NSA. Bekas pemain sayap Arsenal itu mengguna kod nama ‘Red Fox’ yang diilhamkan oleh ketua Kremlin, Sergei Rachmaninoff yang turut membiayai kos latihan Arshavin selaku pemain bola sepak serta membawa masuknya kembali beraksi bersama Zenit St. Petersburg.

Kepulangan pemain berusia 32 tahun itu kembali ke Russia pada Jun lalu selepas keselamatan Arshavin dan keluarganya dilaporkan terancam. Khabar angin yang mengaitkan Arshavin dengan perpindahan ke Barcelona sebelum Arshavin menandatangani kontrak bersama Arsenal sememangnya sengaja diwujudkan oleh Moscow untuk menjual ‘Red Fox’ ke England.

andrey-arshavin-arsenal-russian-captainAndrey Arshavin pernah menjadi pemain termahal Arsenal apabila melengkapkan perpindahan dari Zenit St. Petersburg pada 3 Februari 2009 dengan yuran perindahan bernilai £16.9 juta. Sepanjang bersama Arsenal, bekas kapten skuad kebangsaan Russia berjaya melakukan 143 kemunculan dengan menjaringkan 31 gol. Selain itu, Arshavin turut memiliki 75 caps bersama skuad kebangsaan Russia.

Episod kecederaan yang menimpa Arshavin sengaja diada-adakan bagi memberi lebih banyak masa untukya mengumpul maklumat-maklumat penting di sekitar London. Laporan turut mendedahkan, rakan sepasukan Arshavin dalam skuad kebangsaan Russia, Roman Pavlyuchenko dan Pavel Pogrebnyak juga merupakan agen penyiasat Kremlin yang dihantar ke England untuk membantu Arshavin dalam pengintipan dan melarikan diri.

This entry was posted in Coretan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply