[BULETIN] THOMAS VERMAELEN MASIH KEKAL KAPTEN ARSENAL

Thomas-Vermaelen-Arsenal-skipper_1Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan bahawa jawatan kapten The Gunners ketika ini masih disandang oleh Thomas Vermaelen meskipun pertahanan antarabangsa Belgium itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama sejak beberapa bulan lalu. Pemain berusia 27 tahun itu diketepikan daripada jelajah pra-musim Arsenal Asia Tour 2013 kerana mengalami kecederaan punggung ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Belgium dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 hujung Mei lalu.

Masalah kecederaan yang dialaminya dan gandingan mantap Koscielny-Mertesacker menyaksikan Vermaelen lebih banyak berada dibangku simpanan. Pertahanan tengah Arsenal berusia 27 tahun ini hanya beraksi 32 kali dalam kesebelasan utama The Gunners dengan 4 kali hadir selaku pemain gantian. Sepanjang ketiadaan Vermaelen, Mikel Arteta yang dipertanggunjawapkan untuk memakai lilitan armband.

Thomas Vermaelen dilantik sebagai kapten Arsenal selepas pemergian Robin van Persie yang menyertai Manchester United pada Ogos lalu di mana sebelum itu beliau merupakan penolong kapten kepada penyerang prolifik kelahiran Belanda itu. Meskipun timbul khabar angin yang mengatakan bahawa Vermaelen bakal dilucutkan jawatan, Arsene Wenger dengan tegas menafikan spekulasi tersebut.

“Dia (Vermaelen) mengalami masalah kecederaan punggung dan belum mampu untuk menjalani latihan. Berapa lama dia akan disisihkan, kami masih belum dapat dipastikan lagi. Tetapi saya rasa dia tidak dapat beraksi pada awal musim depan,” kata Wenger kepada The Sun.

“Itu (kecederaan punggung) adalah satu-satunya sebab mengapa dia tidak berada di sini (menyertai Arsenal Asia Tour 2013) dan tidak membawa maksud lain di mana dia akan disisihkan kerana jarang beraksi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.”

“Dia (Vermaelen) sememangnya mengalami kecederaan tetapi dia masih kapten kami.”

Kedudukan Vermaelen dalam kesebelasan utama Arsenal semakin terancam selepas Arsene Wenger dikhabarkan berminat untuk mendapatkan seorang pertahanan tengah pada jendela perpindaha musim panas ini. Pertahanan kental Swansea City, Ashley Williams kini hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Namun, pertahanan antarabangsa Belgium menyatakan kesediaan untuk kembali bersaing merebut tempat dalam kesebelasan utama Arsenal dengan kontraknya masih berbaki 3 tahun lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply