[BULETIN] PEREZ JALANI UJIAN PERCUBAAN BERSAMA ARSENAL

sebastian-perez-columbia-u-20Bintang muda Columbia, Sebastian Perez dilaporkan sudah menjalani sesi ujian percubaan bersama Arsenal. Pengesahan itu telah dibuat oleh Presiden Atletico Nacional, Juan Carlos De la Cuesta yang bersedia untuk kehilangan pemain muda berbakat itu. Jika segalanya berjalan lancar, pemain muda berusia 20 tahun dijangka bakal melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada musim panas ini.

Sebastian Perez yang memiliki ketinggian 1.76m itu merupakan seorang pemain tengah versetail yang mampu beraksi cemerlang selaku attacking midifielder dan defensive midfielder. Pemain muda ini merupakan sebahagian skuad kebangsaan Columbia B-20 yang muncul juara Kejohanan Belia Amerika Selatan dan beraksi dalam Kejohanan Piala Dunia Belia B-20 di Turki.

Meskipun baru berusia 20 tahun, Sebastian Perez sudah memiliki banyak pengalaman lantaran telah beraksi dalam 79 perlawanan bersama kelab Columbia, Atletico Nacional sejak memulakan karier professional pada Januari 2011. Pemain tengah kelahiran Envigado, Columbia ini telah membantu Atletico Nacional menjulang kejuaraan Liga Primera A Columbia (2011), Copa Columbia (2012) dan Super Cup Colombia (2012).

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply