[BULETIN] KIT JERSI AWAY ARSENAL MUSIM 2013/14 DILANCARKAN

Arsenal FC mengumumkan kit jersi away baru bagi musim 2013/14 dengan barisan tonggak muda British diberi peluang untuk memperagakan jersi tersebut semalam. Arsenal juga turut menukarkan banner besar di Stadium Emirates dengan banner Alex Oxlade-Chamberlain, Kierans Gibbs, Carl Jenkinson, Aaron Ramsey, Theo Walcott, dan Jack Wilshere yang memakai jersi terbaru keluaran Nike tersebut.

Banner bersaiz 39m x 13m akan terus berada di pusat Stadium Emirates  di bahagian luar stadium sepanjang bulan Ogos hingga awal Julai ini sebagai promosi kit jersi Arsenal yang sudah mula berada di pasaran. Kit jersi away Arsenal ini akan mula dipakai buat pertama kali dalam perlawanan persahabatan sempena jelajah pra-musim Arsenal Asia Tour 2013 yang bakal bermula 12 Julai ini.

Arsenal kembali menggunakan warna tradisikit-jersey-away-Arsenal-2013-14 biru-kuning untuk perlawanan di tempat lawan dengan reka bentuk jersi ini mengambil inspirasi dari jersi away yang digunakan oleh skuad The Invincibles pada musim 2013/14.

Asas utama jersi ini adalah warna kuning dengan kolar polo berwarna biru dan cuffs biru-kuning di lengan jersi. Reka bentuk ini juga dilihat mampu menarik minat penyokong-penyokong generasi muda.

Kit away ini turut disertakan dengan seluar pendek berwarna biru sementara stoking pula mengambil tradisi stoking jalur belang biru dan kuning yang diperkenalkan oleh pengurus lagenda Arsenal, Herbert Chapman pada 1930-an. Kit jersi ini juga menggunakan teknologi kitar semula yang mesra alam di mana setiap kit dibuat daripada 13 botol plastik serta menggunakan teknologi Dri-Fit yang mampu mengeringkan peluh dan mengekalkan keselesaan kepada pemakainya.

Sementara itu, Theo Walcott mengakui kit jersi away ini mampu memberi kejayaan kepada Arsnal musim depan dengan berkata, “Kit jersi ini kelihatan sangat hebat. Arsenal yang sangat sinonim dengan warna biru kuning dan saya rasa reka bentuk ini mengabungkan tradisi dengan elemen moden. Saya tidak sabar untuk memakainya di atas padang.”

Pra tempahan kit jersi ini sudah boleh dibuat di www.arsenaldirect.com dan mula berada di semua oulets Nike dan pengedar rasmi barangan Arsenal bermula pada 1 Ogos depan. Kit jersi ini berharga £50 (RM240) untuk dewasa dan £40 (RM192) untuk kanak-kanak. Peminat yang melalukan pre-order berpeluang untuk menerima cap istimewa rekaan khas daripada Carl Jenkinson secara percuma sementara stok masih ada.

Sumber : www.arsenal.com

Incoming search terms:

  • jersi arsenal 2013
This entry was posted in Buletin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply