[BULETIN] BIDAAN ARSENAL UNTUK BENDER, GRENIER DITOLAK

Lars-Bender-Denmark-vs-GermanyThe Gunners dihimpit kekecewaan selepas bidaan untuk mendapatkan pemain tengah Bayer Leverkusen, Lars Bender. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger kini sedang berusaha membina skuad yang mantap bagi menghadapi saingan musim baru yang lebih mecabar. Tawaran Arsenal sebanyak €23 juta untuk mendapat pemain antarabangsa Jerman berusia 24 tahun itu tidak berjaya memikat Bender untuk berhijrah ke Stadium Emirates.

Bayer Leverkusen sudah melepaskan Andre Schurrle dan Dani Carvajal ke Chelsea dan Real Madrid juga tampak tidak bersedia untuk kehilangan seorang lagi pemain utama kepada Arsenal. Kelab yang berpangkalan BayArena sedang berusaha untuk mengekalkan Bender yang merupakan antara prospek masa depan dalam skuad kebangsaan Jerman. Sementara itu, kontrak Lars Bender bersama The Factory Squad bakal berakhir pada tahun 2017.

“Ini merupakan suatu kebiasaan di mana terdapat (kelab) yang berminat kepada dia (Bender) kerana dia berada di tahap terbaik dan sedang meningkat naik,” kata jurucakap kelab baru-baru ini.

“Tetapi dia memiliki kontrak sehingga 2017 dan dia benar-benar gembira untuk kekal di Leverkusen.”

Lars Bender memiliki seorang kembar, Sven Bender yang beraksi bersama-sama Borrusia Dortmund dan bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Pemain berusia 24 tahun ini telah beraksi dalam 138 perlawanan dengan menjaringkan 12 gol sepanjang 4 musim bersama Bayer Leverkusen. Lars Bender juga sudah memiliki 14 cap antarabangsa sejak melakukan debut pada September 2011 dengan menjaringkan gol setakat ini.

Dalam masa yang sama, pemain muda sensasi Olympique Lyon, Clement Grenier mengakui menerima tawaran daripada The Gunners. Pengurus arsenal, Arsene Wenger sememang meminati aksi pemain berusia 22 tahun selepas menampilkan aksi yang cemerlang sepanjang musim 2012/13. Dengan kontrak Grenier di Lyon berbaki 12 bulan, Arsenal sudah memulakan usaha untuk mendapatkan playmaker muda Perancis ini.

Clement Grenier yang memiliki corak permainan mirip perancang Brazil, Kaka ini sudah melakukan 67 penampilan bersama Lyon dengan menjaringkan 7 gol dan 15 assist sejak mendapat debut pada 26 September 2009. Malah, pemain berusia 22 tahun itu sudah memiliki 2 caps antarabangsa bersama skuad utama Perancis. Grenier mengakui dirinya gembira dengan tawaran Arsenal mahu belum memutuskan mengenai masa depannya.

“Saya tahu Lyon telah menolak tawaran daripada Arsenal. Sudah tentua ini merupakan satu penghargaan kerana ada kelab yang meminati saya,” kata Grenier kepada Le Parisien.

“Sangat sukar untuk saya berbicara mengenai masa depan saya ketika ini kerana saya sendiri tidak pasti mengenainya.”

“Saya lebih cenderung untuk menantikan 100% kepastian mengenai apa yang berlaku sebelum membuat keputusan mengenainya (masa depan).”

Clement-Grenier-Lyon-2012Grenier telah memaklumkan kepada RTL bahawa dirinya bakal mengadakan perjumpan dan berbincang dengan pengurus Lyon, Remi Garde dan pengerusi kelab, Jean-Michel Aulas mengenai masa depannya. Perancang muda Perancis itu akan kembali menjalani latihan pra-musim bersama pasukan Lyon di Alpine Resort of Tigres pada Jumaat ini.

“Keputusan yang bakal dibuat akan diumumkan selepas pertemuan itu. Setakat ini saya 100% pasti namun saya tidak mahu berbicara mengenainya. Bagi saya ini merupakan satu situasi yang sukar.”

“Mungkin saya akan kekal di Lyon (musim depan). Apa-apa pun saya masih memiliki baki kontrak selama satu tahun. Jadi, apa yang bakal berlaku kelab tidak akan menjual saya. Saya masih pemain Lyon.”

“Saya gembira kembali ke Tignes untuk besedia menghadapi musim baru. Saya tahu saya akan menghadapi musim yang panjang. Itu merupakan keutamaan saya ketika ini,” kata playmaker berusia 22 tahun itu lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply