[BULETIN] 4 PEMAIN MUDA TANDATANGANI KONTRAK BERSAMA ARSENAL

arsenal-beat-athletic-bibao-nextgen-seriesPemain muda Sepanyol, Hector Bellerin telah menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Pemain berusia 18 tahun itu menampilkan aksi yang memberansangkan sejak tiba di utara London pada 2011 dengan beraksi sebanyak 52 kali dan menjaringkan 5 gol bersama skuad remaja  The Gunners. Pemain muda berbakat itu kini sedang mengintai peluang untuk diserap ke dalam skuad utama Arsenal.

Hector Bellerin memulakan karier awal selaku pemain tengah sebelum diubah posisi selaku pemain bek tengah dan bek kanan. Kemampuan Hector membantu serang dengan gerakan-gerakan lincah dan mengelirukan berjaya membantu Arsenal mara ke separuh akhir saingan NextGen Series musim ini. Pertahanan muda ini turut disenaraikan dalam skuad Arsenal yang beraksi dalam saingan Piala Capital One menentang Reading dan Coventry City musim ini. Terdahulu, Arsenal FC turut mengumumkan menandatangani 3 pemain muda, Zachari Fagan, Anthony Jeffrey dan Zak Ansah.

Pertahanan kental dan tinggi lampai, Zachari Fagan telah menyertai Arsenal ketika berusia 10 tahun dan telah medapat tempat dalam skuad Arsenal B-18 musim lalu. Pemain kelahiran London berusia 18 tahun ini bakal diserap ke dalam skuad simpanan Arsenal musim depan. Midfielder muda, Anthony Jeffrey ini turut menjadi pilihan dalam skuad Arsenal B-18 dalam saingan NexGen Series dan Piala FA Remaja musim ini.

Sementara itu, seorang lagi produk akademi Hale End Arsenal, Zak Ansah turut menjadi pilihan utama dalam skuad Arsenal B-21. Penyerang berusia 19 tahun itu telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal pada May 2011 dengan melakukan 10 penampilan bersama skuad bimbingan Terry Burton dalam saingan NextGen Series termasuk menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Athletic Bilbao pada pusing play-off.

Buat semua, selamat maju jaya.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply