[BERITA] SURAT TERBUKA JUNIOR ELDSTAL

Junior-Eldstal-Harimau-MudaTanggal 16 Julai lalu menjadi detik manis buat Junior Eldstal apabila diberi peluang untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia menentang kelab dari Thailand, Chonburi FC dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Pemain defensive midfielder ini terlepas peluang beraksi bersama-sama skuad Harimau Muda A dalam Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Kazan pada Jun lalu. Pemain berusia 21 tahun ini dilahirkan pada 16 September 1991 di Kota Kinabalu, Sabah namun dibesarkan di England.

Junior Eldstal kini beraksi bersama-sama pasukan Sarawak sejak April lalu namun pemain muda ini pernah beraksi dalam Liga Bola Sepak Vauxhall di England bersama-sama pasukan Slimbridge FC. Baru-baru ini, pemain berdarah campuran Sweden-Sabah ini telah menulis surat terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama penyokong setia Harimau Malaya.

Hai, semua!

Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bagi sejak beberapa bulan lalu. Saya baru bermain untuk Sarawak bermula April lalu dan di peringkat ini saya sudah menerima penghargaan besar daripada semua. Tidak pernah terlintas untuk saya mendapat peluang untuk beraksi bersama-sama skuad kebangsaan tetapi saya sudah melakukannya. Dan saya mahu memberi setinggi-tinggi penghormatan kepada semua penyokong yang memberi sokongan pada kepada saya.

Walau bagaimanapu, terdapat beberapa perkara yang ingin saya jelaskan supaya semua pihak dapat melakukan perkara yang sama. Nama sebenar saya dalam passport ialah Putera Nadher Amarhan dan itu telah menimbulkan sedikit kekeliruan. Namun, saya telah mengambil nama bapa saya yang banyak memberi inspirasi kepada saya sejak usia 2 tahun ; Junior Eldstal. Saya telah memohon pertukaran nama seperti itu namun proses itu masih belum selesai. Jadi, saya lebih gembira jika anda semua memanggil saya dengan nama Junior Eldstal, di mana terdapat nama keluarga yang menjadi kebanggaan saya.

Tatkala berbicara mengenai perkara ini, saya sebenarnya beragama Kristian namun mungkin ada yang beranggapan bahawa saya seorang Muslim. Saya sememangnya beragama Kristian dan itu menjadi penjelasan mengapa terdapat tatoo di badan saya. Namun, dalam masa yang sama saya sentiasa menghormati agama-agama lain.

Menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia merupakan satu anugerah besar, saya sangat gembira di sini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua khususnya kepada Scott Ollerenshaw yang telah membuka pintu untuk saya beraksi di sini dan sudah pasti kepada jurulatih, Robert Alberts dan Sarawak FA yang memberi peluang kepada saya ketika tiada sesiapa yang mengenali saya.  Saya juga mahu mengucapkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua peminat yang menyokong saya dan saya akan memberikan komitmen 100% kepada karier bola sepak saya.

Salam ceria buat semua!

Ikhlas daripada

Junior Eldstal

Incoming search terms:

  • berita junior eldstal 2016
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply