[BERITA] MALAYSIA TERSINGKIR DI SUKU AKHIR UNIVERSIADE 2013

malaysia-v-japan-universiade-2013Langkah skuad negara dalam acara bola sepak Sukan Universiti Dunia (Universiade) ke-27 di Kazan, Russia apabila disingkirkan juara bertahan, Jepun. Namun, kekalahan 0-4 kepada negara ‘Matahari Terbit’ itu seharusnya diambil pengajaran oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri. Kegagalan persatuan bola sepak negeri memberi kerjasama untuk melepaskan pemain masing-masing untuk beraksi dalam kejohanan jelas menjejas perancangan pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Beberapa pemain seperti Nik Shahrul Azmi (Kelantan), Junior Eldstal (Sarawak), Muhd Nazri Ahmad (Johor), S. Sivanesen (Negeri Sembilan) dan Zubir Azmi (Terengganu) tidak mendapat pelepasan daripada pasukan negeri masing-masing. Selain itu, beberapa pemain tonggak seperti Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Fandi Othman pula dibelenggu masalah kecederaan manakala Rozaimi Abdul Rahman dan Nazmi Faiz Mansor tidak layak beraksi kerana tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Skuad muda negara jelas bermula tempang yang dibelenggu masalah pengantungan pemain dan masalah kecederaan dengan hanya memiliki 2 pemain gantian, Mohd Farhan Abu Bakar dan Ahmad Hazwan Bakri di bangku simpanan. Anak buah Ong Kim Swee dikejutkan dua gol pantas pada 6 minit pertama perlawanan menerusi Jun Izumisawa dan Teruhito Nakagawa sebelum cabaran mereka ditamatkan dengan baki gol minit ke-81 dan 83 daripada Kazuki Nagasawa dan Shuhei Akasaki.

Namun, Mohd. Izham dikeluarkan pada masa kecederaan babak kedua untuk digantikan oleh Mohd. Farhan Abu Bakar selain penyerang A. Thamil Arasu yang memberikan laluan Ahmad Hazwan Bakri, minit ke-44. Selepas ini, Harimau Muda akan menentang Ireland bagi perlawanan penentuan tempat kelima hingga kelapan di gelanggang sama, esok dan sekiranya menang, akan bertemu sama ada Rusia-Kanada atau Great Britain-Ukraine yang bersaing dalam dua lagi suku akhir.

Namun, persembahan Harimau Malaya pada temasya kali ini masih boleh dibanggakan apabila berjaya memperbaik kedudukan ke-13 pada edisi terdahulu selain mencipta kejutan menundukan pasukan gergasi Eropah, Itali 2-0 pada aksi pembukaan pada 5 Julai lalu. Usaha berterusan dan sesi latihan di Australia dan Eropah jelas antara faktor utama yang berjaya meningkatkan persembahan skuad muda negara ini.

This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply