[BERITA] HARIMAU MUDA PAMER TARING BAHAM ITALI

latihan-Harimau-Muda-di-AustraliaHarimau Muda memulakan saingan bola sepak Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2013 di Kazan, Russia dengan langkah kanan apabila menundukan Itali 2-0 awal pagi tadi (waktu Malaysia). Dua jaringan menerusi Thamil Arasu dan D. Saarvindran sudah cukup mengenepikan cabaran dari Itali yang turut dibarisi 7 pemain yang beraksi dalam kejohanan Piala Dunia Belia B-20. Kemenangan ini bakal memberi tonik buat Harimau Muda menghadapi Great Britain pada 8 Julai ini.

Kemenangan itu meletakkan Malaysia unggul di persada kumpulan B dengan 3 mata mengatasi Great Britain, Algeria dan Itali. Meskipun Harimau Muda tempang tanpa beberapa pemain utama termasuk Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Fandi Othman yang mengalami kecederaan. Sementara itu, Rozaimi Abdul Rahman dan Nazmi Faiz Mansor pula tidak layak beraksi kerana tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selain itu, beberapa pemain seperti Junior Eldstal (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Nazri Ahmad (Johor), S. Sivanesen (Negeri Sembilan) dan Nik Shahrul Azmi (Kelantan) tidak mendapat pelepasan daripada pasukan negeri masing-masing. Namun, K. Reuben (ATM), K. Prabhakaran (Sime Darby) dan Nazirul Naim (FC Ryukyu) berjaya mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing untuk beraksi bersama Harimau Muda.

Kesebelasan utama Harimau Muda vs Itali (5 Julai 2013)

Izham Tarmizi
K. Reuben – Saiful Ridzuwan – Fadhli Shas – Nazirul Naim
Irfan Fazail – Syahrul Azwari – D. Saarvindran – Wan Zaharulnizam
Ahmad Hazwan – A Thamil Arasu

Perlawanan bermula tepat jam 12.00 malam, 6 Julai 2013 (waktu Malaysia) dengan penguasaan menjadi milik pasukan Itali. Anak-anak buah Ong Kim Swee lebih banyak bertahan sambil mengharapkan serangan balas. Namun, bermula daripada satu thru ball menarik dari kapten pasukan, Irfan Fazail yang bijak disempurnakan oleh penyerang negara, A Thamil Arasu untuk Malaysia mendahului 1-0 pada minit ke-20.

Bersambung babak kedua, Itali berusaha keras untuk mencari gol penyamaan namun kecewa apabila jaringan pada minit ke-52 dibatalkan kerana offside. Pada minit ke-68, Itali terus derita apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah kerana bertindak balas menampar pemain Malaysia. Perlawanan mula menjadi tegang apabila giliran penjaga gol, Izham Tarmizi dilayangkan kad merah pada minit ke-77.

Itali turut memperoleh sepakan penalti namun gagal disempurnakan. Enam minit berselang, Malaysia terpaksa beraksi 9 orang selepas Syahrul Azwari menerima kad kuning kedua pada minit ke-83. Itali sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol gantian, Mohd Farhan Abu Bakar. Skuad bimbingan Kim Swee melengkapkan kemenangan berharga Malaysia dengan memperoleh gol kedua menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh D. Saarvindran tiga minit sebelum perlawanan tamat.

– Jaringan pertama A Thamil Arasu vs Itali (Klik di sini)

– Aksi tangan emas Mohd Farhan Abu Bakar (Klik di sini)

SENARAI PEMAIN MALAYSIA KE SUKAN UNIVERSITI DUNIA 2013

1- Mohd Farhan Abu Bakar
2- Reubenthayaparan a/l Kathiripillay
3- Shahrul Mohd Saad
4- Mohd Fadhli Mohd Shas
5- Mohammad Ariff Farhan Md. Isa
6- Saarvindran a/l Devandrn
7- Mohd Irfan Fazail
8- Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
9- Thamil Arasu a/l Ambumamee
10- Syahrul Azwari Ibrahim
11- Prabakaran a/l Kanadasan
12- Wan Ahmad Amirzafran a/l Wan Nadris
13- Ahmad Hazwan Bakri
14- Nazirl Naim Che Hashim
15- Mohd Izham Tarmizi Roslan
16- Saiful Ridzuwan Selamat
17- Muhammad Ferris Danial Mat Nasir
18- Kenny Pallraj a/l Devaragi

This entry was posted in Berita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply