[PERSPEKTIF] SANTI CAZORLA KOMITED BERSAMA THE GUNNERS

Pemain terbaik Arsenal musim 2012/13, Santi Cazorla menyatakan komitmennya bersama Arsenal setelah beberapa kelab-kelab berminat mendapatkan khidmatnya. Terbaru, khabar angin mengaitkan Cazorla dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Pemain antarabangsa Sepanyol ini mengakui dirinya gembira dengan kehidupan di utara London dan mahu memenangi kejuaraan bersama Arsenal.

Perancang tengah berusia 28 tahun ini tiba di Stadium Emirates selepas melengkapkan perpindahan dianggarkan bernilai £15 juta dari Malaga CF pada musim panas lalu. Meskipun baru semusim menyertai The Gunners, Santi Cazorla berjaya menampilkan aksi cemerlang dengan meledakan 12 gol dan 16 assist dalam 49 perlawanan sekaligus dipilih selaku pemain terbaik Arsenal musim ini.

Santi-Cazorla-goal-vs-Aston-Villa-2013“Dalam bola sepak, anda sentiasa mengalami saat-saat seperti ini. Saya masih memiliki tiga tahun kontrak bersama Arsenal dan saya tidak memikirkan perkara itu (berpindah). Perancangan saya adalah untuk meneruskan karier bersama kelab ini,” kata Cazorla baru-baru ini.

“Arsenal melayan saya dengan baik dan saya mahu memenangi kejuaraan bersama mereka. Namun dalam bola sepak, kita tidak menjangkakan apa yang akan terjadi pada masa akan datang.”

Ketika ini, Santi Cazorla bersama seorang lagi pemain Arsenal, Nacho Monreal sedang beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol dalam Kejohanan Piala Konfederasi 2013 di Brazil. Pada musim panas lalu, pemain berusia 28 tahun ini turut menjadi sasaran Los Galacticos namun Santi Cazorla memilih untuk bergabung dengan Arsenal.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply