[PERSPEKTIF] MR. ARSENAL KRITIK PERLANTIKAN SIR CHIPS KESWICK

Tony+Adams+kapten+lagenda+ArsenalLagenda Arsenal, Tony Adams mengkritik perlantikan Sir Chips Keswick sebagai pengerusi baru Arsenal FC mengantikan Peter Hill-Wood yang mengundur diri atas faktor kesihatan. Bekas pertahanan kental yang digelar Mr. Arsenal itu menawar diri untuk menyertai barisan lembaga pengarah Arsenal untuk mencari penganti Arsene Wenger. Tony Adam telah melakukan 669 penampilan dengan merangkul 10 kejuaraan sepanjang 3 dekad berbeza bersama The Gunners.

Tony Adams melakukan debut dalam skuad utama Arsenal pada 5 November 1983 ketika berusia 17 tahun dan mula memakai armband Arsenal pada 1 Januari 1988 ketika berusia 21 tahun 81 hari. Bekas pertahanan Arsenal berusia 46 tahun itu melahirkan kebimbangan bahawa The Gunners semakin jauh dari kejuaraan dan mengakui bahawa kelab kesayangan terdesak untuk mencari penganti Arsene Wenger yang mungkin mengundur diri pada hujung musim depan.

“Inilah masa untuk Arsenal kembali memenangi sesuatu sekalipun Piala FA atau Piala Liga. Tetapi jujurnya, saya tidak dapat melihat potensinya,” kata Tony Adams baru-baru ini.

“Mereka (Arsenal) masih tidak cukup bagus di beberapa posisi dalam pasukan. Dan mereka jauh dari kejuaraan.”

arsene-wenger-tony-adams-trophyPertahanan lagenda Arsenal itu menawar diri untuk menyertai lembaga pengarah Arsenal tetapi tidak menerima sebarang maklumbalas. Sebaliknya, dia terkejut dengan perlantikan akhli perniagaan berusia 73 tahun, Sir Chips Keswick dilantik sebagai pengerusi Arsenal minggu lalu yang disifatkan oleh Adams tidak cukup imaginatif untuk meneraju kelab bagi memburu kejuaraan.

“(Sir) Chips seorang individu yang hebat tetapi bukan pilihan yang cukup imaginatif oleh pemilik kelab dan dia sudah berusia 73 tahun,” kata Adams lagi.

“Jika mereka hanya mahu boneka, mereka seharusnya memilih saya. Ia bakal menjadi keputusan yang lebih berwawasan berbanding Chips.”

“Mereka juga seharusnya menyenaraikan pengurus baru. Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal, Ivan Gazidis berada dalam situasi sukar yang memerlukan bantuan seseorang.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply