[PERSPEKTIF] ARSENAL PERLU DAPATKAN ROONEY – USMANOV

wayne-rooney-arsenal-vs-man-united-apr-2013Alisher Usmanov mengatakan kepada Arsenal untuk meningkatkan langkah mendapatkan bintang United itu. Pemilik saham kedua terbesar Arsenal itu berpendapat bahawa jika hasrat itu menjadi kenyataan, ia merupakan langkah besar untuk Wayne Rooney dan juga The Gunners. Penyerang antarabangsa England itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford ekoran ketibaan bekas pengurus Everton, David Moyes mengantikan Sir Alex Ferguson yang mengumumkan persaraan pada Mei lalu.

Hubungan dingin antara Wayne Rooney dengan David Moyes menyaksikan penyerang berusia 27 tahun dilaporkan sedang mencari destanasi baru bagi karier bola sepaknya. Selain Arsenal, Paris Saint Germain, Chelsea dan Manchester City turut berminat mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Croxteth, Liverpool ini. Jutawan Russia yang memiliki 29.9% saham Arsenal berharap agar Arsenal berusaha mendapatkan khidmat Wayne Rooney.

“Dia (Rooney) adalah pemain yang hebat dan jika Arsenal mampu membawanya ke Emirates, ia akan menjadi langkah besar bagi Rooney dan juga Arsenal,” kata Alisher Usmanov kepada CNBC.

Sementara itu, The Gunners dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan penyerang antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain dari Real Madrid dengan yuran perpindahan  yang memecah rekod kelab dianggarkan bernilai £22 juta. Penyerang berusia 25 tahun itu dikhabarkan sudah bersetuju dengan terma peribadi untuk berhijrah ke Stadium Emirates dan bakal menerima gaji tertinggi berjumlah £150,000 seminggu.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply