[PERPINDAHAN] JAMAAL RAAGE BAKAL SERTAI THE GUNNERS

Jamaal-Raage-ArsenalArsenal semakin hampir melengkapkan perpindahan wonderkid Sweden, Jamaal Raage dari kelab Sweden, IF Brommapojkarna. Penyerang muda berbakat besar ini telah menjaringkan 2 gol dalam 4 penampilan bersama skuad Sweden B-15 dan bersedia untuk mengembangkan karier di London Colney. Jamaal Raage telah diberi peluang menjalani ujian percubaan bersama Arsenal dan Manchester United beberapa bulan lalu.

Ketibaan Jamaal di utara London tepat pada masanya ekoran pemergian Jordan Brown yang menyertai West Ham United. Pemain muda Sweden ini bakal menyertai rakan senegera, Kristoffer Olsson yang tiba di Arsenal dua tahun lalu dan kini beraksi bersama skuad Arsenal B-21. Jamaal menjadi pemain kedua yang menyertai akademi Arsenal pada musim panas ini selepas Dan Crowley dari Aston Villa.

Pemain berusia 16 tahun bakal menjadi sebahagian daripada skuad Arsenal B-18 yang bakal bersaing bersama Austin Lipman, Kaylen Hinds, Olufela Olomola dan Stephy Mavididi musim depan. Jamaal Raage yang juga merupakan penyokong setia Arsenal mengakui bahawa gaya permainannya mirip pemain sayap Belanda, Arjen Robben.

“Ini yang semua orang mahukan (menyertai Arsenal), saya tidak akan menoleh kebelakang lagi, ini sangat bagus untuk pembangunan (karier) saya,” kata Jamaal Raage.

“Gaya permainan saya mirip Arjen Robben. Saya seorang pemain kidal, saya suka beraksi di sebelah kiri dan melakukan rembatan. Tetapi sukar untuk menjelaskan mengenai diri saya. Anda harus melihatnya sendiri,” kata wonderkid Sweden berusia 16 tahun itu lagi.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply