[LIGA MALAYSIA] SARAWAK JULANG LIGA PERDANA MUSIM 2013

Sarawak-juara-Liga-Perdana-2013Meskipun berbaki satu perlawanan, Sarawak berjaya mengesahkan kejuaraan Liga Perdana musim 2013 selepas membenam cabaran Kuala Lumpur 4-0 di Stadium Negeri, Kuching semalam. Kemenangan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Robert Albert mencatatkan 55 mata mengatasi Sime Darby yang mengumpul 48 mata. Lebih membanggakan, skuad Bujang Senang terus mengkalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi 21 perlawanan.

Sarawak bermula garang dengan membuka tirai jaringan seawal minit ke-20 apabila penyerang import, Muamer Salibasic yang menerima hantaran pendek Zamri Morshidi merembat kencang ke arah gawang pelawat. Skuad Ngap Sayot terus menggandakan asakan sehingga berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan pelawat namun beberapa percubaan menarik anak buah Robert Alberts gagal menghasilkan jaringan sehingga babak pertama berakhir.

Penantian 20,000 penonton yang memenuhi Stadium Negeri berakhir apabila percubaan Ronny Harun yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti yang terus menerjah jaring Kuala Lumpur pada minit ke-68. Giliran Joseph Kalang Tie melengkapkan gol ketiga Sarawak pada minit ke-85 sebelum tonggak importm Guy Bwele mengesahkan kemenangan 4-0. Trofi Liga Perdana disampaikan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Kali terakhir Sarawak menjuarai Liga Perdana adalah pada 1997.

Kedudukan-Liga-Perdana-25-Jun-2013_3

This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply