[LIGA MALAYSIA] PULAU PINANG KEMBALI KE LIGA PERDANA 2014

Pulau-Pinang-juara-Piala-FAM-2013Kehadiran Merzagua Abderrazak berjaya membantu skuad Harimau Kumbang menamatkan kemarau kejuaraan sejak 10 tahun yang lalu apabila menjulang Piala FAM musim ini meskipun perlawanan liga masih berbaki 4 perlawanan. Biarpun sekadar kejuaraan ‘kelas ketiga’, pencapaian itu sudah cukup menggembirakan lebih 10,000 penyokong yang membanjiri Stadium Bandaraya bagi melihat Pulau Pinang menjulang trofi itu semalam.

Kejayaan itu juga menyaksikan Pulau Pinang bakal kembali ke saingan Liga Perdana musim depan selepas terperosok ke Liga FAM sejak dua musim yang lalu. Walaupun sudah mengesahkan kejuaraan liga ketika menewaskan Perak YBU dua minggu lalu, skuad Haria Penang Haria tetap menampilkan aksi terbaik menentang Tumpat FA. Ketumpulan jentera serangan yang diketuai Norizam Salaman sedikit menghampakan penyokong-penyokong yang hadir.

Namun, Stadium Bandaraya kembali gempita apabila pertahanan Tumpat FA, Mohd. Syafiq Sabry tertampan hantaran silang pemain tuan rumah, Muhammad Aminuddin. Meskipun skuad Harimau Kumbang terus mengasak tetapi buntu menambah jaringan. Ketika permainan seakan-akan berakhir dengan 1-0, ketua pasukan tuan rumah, Elias Sulaiman memastikan stadium sekali lagi gemuruh apabila sepakan leretnya menggegar gawang lawan.

Upacara penyampaian piala disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Abdul Rahman Abbas yang turut disaksikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin. Dengan kejayaan itu, Pulau Pinang menerima hadiah wang tunai RM50,000 selain insentif sebanyak RM250,000 oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai hadiah selepas melayakkan diri ke Liga Perdana musim depan.

Sementara itu, ketua jurulatih Pulau Pinang, Merzagua Abderrazak melahirkan rasa bersyukur kerana berjaya menunaikan janjinya kepada penyokong Harimau Kumbang sambil menyifatkan keputusannya untuk kembali ke negeri ini adalah tepat. Pengendali kelahiran Maghribi itu kini mahu menyelesaikan urusan lesen kejurulatihan terlebih dahulu dan berazam untuk membentuk satu pasukan mantap dalam saingan musim depan.

“Pada awal tahun, saya ke negeri ini dengan harapan besar iaitu mahu meletakkan Pulau Pinang dalam saingan liga utama dan hasil kerja keras semua pihak termasuk pengurusan, kami berjaya melakukannya,” katanya.

Incoming search terms:

  • pemilihan bola sepak 2014
  • persatuan bola sepak pulau pinang
  • PEMAIN PULAU PINANG 2014
  • pemilihan pemain bola sepak 2014
  • penang fa 2014
  • persatuan bola sepak pulau pinang 2014
  • bola sepak pulau pinang
  • pemain bola sepak pulau pinang 2014
  • skuad pulau pinang 2014
  • perpindahan pemain liga super 2014
This entry was posted in Liga Malaysia and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply