[LAGENDA] PATRICK VIEIRA – KAPTEN THE INVINCIBLES

Patrick-Vieira-Arsenal-lagendCorak permainan yang keras dan sifat kepimpinan yang tinggi identiti kepada lagenda Arsenal, Patrick Vieira. Bintang antarabangsa Perancis ini menyertai Arsenal pada September 1996 ketika berusia 20 tahun daripada AC Milan dengan yuran perpindahan bernilai £3.5 juta. Vieira melalui zaman suramnya bersama The Rossoneri selepas meninggalkan Cannes pada musim panas 1995 apabila hanya beraksi 2 kali sepanjang musim 1995-1996.

Namun perpindahanya ke Arsenal merubahPatrick-Vieira-vs-Roy-Keane segalanya. Daripada pemain yang terpinggir menjadi tonggak utama dalam kejayaan The Gunners.

Patrick Vieira mula menjadi skipper Arsenal pada 2002 selepas persaraan Tony Adam di mana sebelum itu beliau merupakan penolong kapten. Sepanjang bersama Arsenal, Vieira telah bermain sebanyak 407 kali dengan menjaringkan 34 gol.

Pemain tengah Perancis ini telah memenangi EPL sebanyak 3 kali pada 97/98, 01/02 dan 03/04, Piala FA sebanyak 4 kali pada 1998, 2002, 2003, 2005 dan Perisai Komuniti sebanyak 4 kali pada 1998, 1999, 2002 dan 2004 bersama Arsenal. Patrick Vieira yang dilahirkan pada 23 Jun 1976 merupakan nadi utama kepada kejayaan skuad ‘The Invicibles’ pada 2004.

Dengan ketinggian 1.93m dan corak permainan yang keras serta sikap panas barannya, Vieira akan diingati sebagai pemain yang mempunyai rekod disiplin yang paling teruk dalam Liga Perdana Inggeris dengan merekodkan 9 kad merah dan 72 kad kuning sepanjang 9 musim bersama The Gunners. Ini kerana pemain tengah kental ini adalah kapten yang sering membela anak buahnya jika dikasari oleh pemain-pemain lawan.

Patrick-Vieira-vs-Man-United-2004Pemergian Vieira ke Juventus pada Julai 2005 dengan yuran perpindahan £18 juta masih dirindui pemain dan penyokong-penyokong Arsenal. Pengantinya seperti Henry, Gilberto, Gallas mahupun Fabregas masih gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkannya. Jika Vieira masih di Arsenal, mungkin insiden kecederaan yang serius tidak akan melanda Arsenal seperti yang berlaku kepada Rosicky, Eduardo, Ramsey, Diaby dan lain-lain tidak akan terjadi. Pemain-pemain lawan akan berfikir dua kali jika ingin mengasari anak buah Vieira.

Inilah Patrick Vieira, lagenda kapten Arsenal sejati…..

This entry was posted in Lagenda and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply