[KOMENTAR] YAYA SANOGO TERTARIK DENGAN ARSENAL

Yaya-Sanogo-France-U-17Bekas penyerang Auxerre, Yaya Sanogo mengakui kunjungan pengurus Arsenal berjaya menyakinkan dirinya untuk menyertai The Gunners selepas pemain berusia 20 tahun itu mengambil keputusan tidak menyambung kontrak bersama Auxerre. Masa depan penyerang skuad Perancis B-21 itu sedikit terjejas lantaran mengalami kecederaan kaki yang serius pada 2010 namun berjaya bangkit daripada episod hitam itu dengan menjaringkan 9 gol daripada 11 perlawanan bersama Auxerre musim ini.

Meskipun mendapat tawaran menarik dari kelab-kelab lain namun penyerang kelahiran Massy, Perancis itu mengakui hatinya sudah tertarik dengan Arsenal. Sanogo mendedahkan Arsene Wenger telah mengadakan perjumpaan tertutup dan menyakinkan dirinya bahawa kehidupan di Stadium Emirates merupakan tempat terbaik untuknya mengembangkan karier secara berperingkat.

“Dia (Gilles Grimandi) beberapa kali telah menemui saya di Auxerre. Kemudiannya, pada suatu hari dia mengadakan pertemuan dengan saya di sebuah hotel di Paris dan Arsene Wenger turut ada bersamanya,” kata pemain berusia 20 tahun itu kepada France Football.

Yaya-Sanogo-Auxerre“Saya sangat tertarik. Wenger memberitahu saya bahawa saya akan mendapat peluang dan memastikan situasi kecederaan saya.”

“Dia (Wenger) memberitahu saya bahawa beliau sudah memantau perkembangan saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pertemuan itu sangat penting dan hari ini saya merupakan seorang pemain Arsenal.”

Arsene Wenger turut menyakinkan bahawa penyerang muda Perancis itu tidak akan dipinjamkan sebaliknya pengurus Arsenal memiliki perancangan untuk Sanogo dalam skuad utama The Gunners. Yaya Sanogo turut mengakui dirinya sudah tidak sabar untuk memulakan karier dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

“Ini bakal menjadi sebuah perjalanan (karier) yang hebat. Saya bakal bermula dalam ssaingan liga terbaik di dunia. Ini merupakan impian yang menjadi kenyataan,” kata Sanogo lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply