[KOMENTAR] WENGER PERLU MENGHABISKAN £100 JUTA – PARLOUR

Ray-Parlour-in-Highbury-SquareLagenda Arsenal, Ray Parlour mengungkapkan bahawa pengurus Arsenal, Arsene Wenger seharusnya berani untuk menghabiskan dana kelab untuk membawa masuk pemain-pemain berkualiti atau pemain bintang. Arsenal kini terdesak untuk membina skuad mantap bagi menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu. Antara nama-nama besar yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates termasuk Gonzalo Higuain, Marouane Fellaini, Wayne Rooney, Ashley Williams dan ramai lagi.

“Mereka (Arsenal) seharusnya keluar dan menghabiskan wang yang dimiliki,” kata Ray Parlour dalam temubual eksklusif dalam GOAL.com.

“Dikhabarkan mereka memiliki £70 juta ketika ini. Jika saya adalah Arsene Wenger, saya akan keluar dan menghabiskan £100 juta untuk mendapatkan pemain yang berkualiti agar Arsenal boleh bersaing (dengan kompetatif) musim depan.”

“Kunci utama perpindahan ke stadium baru adalah untuk bersaing dengan kelab gergasi seperti Real Madrid dan Barcelona tetapi kini mere cuba untuk bersaing dengan kelab seperti Man City, Man United dan Chelsea di mana mereka akan menjadi lebih kuat musim depan.”

Arsenal+v+Southampton++Premier+League“Ini merupakan perkara penting bagi penyokong tetapi kini kelab melakukan usaha yang baik dengan pembinaan stadium baru. Mereka menghabiskan banyak wang untuk itu dan akhirnya mereka berada dalam situasi yang baik.”

“Pemain-pemain yang berkerja untuk mereka secara tetap kan lebih teruja untuk memiliki pemain seperti Rooney di satu bahagian yang baik, Higuain dimana seorang pemain yang sangat bagus di Real Madrid atau Fellaini yang mengharungi beberapa musim dengan cemerlang bersama Everton.”

“Ini merupakan persoalan utama kini, samada mereka mampu untuk menarik minat pemain-pemain ini menyertai kelab (Arsenal)” kata Parlour lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply