[KOMENTAR] KOSCIELNY KEKAL DI ARSENAL TETAPI MAHUKAN KEJUARAAN

Laurent-Koscielny-celebrate-goal-Arsenal-vs-Man-City-sept-12Tonggak pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny kini diintai oleh dua kelab gergasi Eropah, Barcelona dan Bayern Munich. Menurut agen Koscielny, Stephane Courbois menegaskan bahawa pertahanan antarabangsa Perancis itu mahu kekal di Stadium Emirates meskipun mendapat tawaran lumayan dari kelab-kelab gergasi Eropah. Persembahan mantap Koscielny musim ini menyaksikan dirinya telah dipilih selaku pemain kedua terbaik Arsenal musim 2012/13 selepas Santi Cazorla.

Laurent Koscielny tiba di Arsenal dari kelab Ligue 1, Lorient pada 7 Julai 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £8.5 juta. Pertahanan berusia 27 tahun itu kini dinilai sekitar £15 juta selepas tiga tahun bersama The Gunners. Sehingga kini, Koscielny sudah melakukan 119 penampilan bersama Arsenal dengan menjaringkan 10 gol dan menghasilkan 5 assist. Musim ini, gandingan Koscielny-Mertesacker berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 15 perlawanan liga.

Namun, Laurent Koscielny mengakui akan mempertimbangkan untuk mengikut jejak langkah dua bekas kapten Arsenal, Cesc Fabregas dan Robin van Persie meninggalkan Stadium Emirates andai The Gunners gagal untuk meraih kejuaraan. Pertahanan berusia 27 tahun itu menegaskan dirinya gembira dengan kehidupan di Arsenal dan mahu fokus untuk membantu skuad bimbingan Arsene Wenger merangkul kejuaraan sejak kali terakhir menjulang Piala FA pada 2005.

Sementara itu, Arsenal dilaporkan bersedia mengemukakan bidaan untuk penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain dengan nilai £22. Meskipun berdepan saingan daripada juara Serie A, Juventus namun The Gunners menjadi pilihan untuk mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Argentina berusia 25 tahun itu. Arsene Wenger kini diberi dana sebanyak £70 juta bagi membina skuad mantap untuk menamatkan kemarau kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply