[HOKI] SKUAD MALAYSIA KE LIGA HOKI DUNIA 2013 DI JOHOR BAHRU

World-Hockey-League-FIH-Johor-BahruMeskipun berada di ranking ke-13 dunia, namun skuad hoki Malaysia tetap membariskan senarai 18 pemain terbaik untuk beraksi dalam Liga Hoki Dunia 2013 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru dari 29 Jun hingga 7 Julai 2013. Malaysia kini di landasan terbaik untuk memburu tiket ke Piala Dunia Hoki 2014 di The Hague, Belanda namun perlu berada di kalangan empat pasukan terbaik daripada lapan pasukan yang bertanding untuk beraksi di perlawanan akhir kelayakan Piala Dunia 2014.

Skuad hoki negara diundi dalam kumpulan B bersama Pakistan, England dan Afrika Selatan sementara kumpulan A menyaksikan persaingan antara Jerman, Argentina, Korea Selatan dan Jepun. Empat pasukan terbaik di Johor Bahru dan tiga pasukan terbaik dari pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Rotterdam, Belanda akan mara ke pusingan akhir dengan enam pasukan teratas layak ke Piala Dunia 2014.

paul-revington-world-best-coach-2011Kejayaan mara ke separuh akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina dan meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Qatar serta muncul naib juara Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 menjadi tonik terbaik untuk skuad bimbingan Paul Revington melayakkan diri ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2014. Pengendali kelahiran Afrika Selatan itu mengakui cabaran sukar menanti Malaysia namun tetap optimis dengan kemampuan skuad hoki negara.

“Saya tidak melihat mana-mana pasukan akan bermain bersahaja untuk ke separuh akhir dan cuba memperbaiki masalah kami,” kata Revington ketika ditemubual baru-baru ini.

“Saya rasa Jerman merupakan pilihan utama. Selain Jerman, pasukan-pasukan mampu melayakkan diri ke suku akhir.”

“Kemenangan peringkat kumpulan sangat penting untuk membina keyakinan diri dan mengekalkan momentum permainan sepasukan”

“Kami membina gabungan pemain muda dan tonggak berpengalaman dalam skuad. Saya yakin dengan kemampuan pemain muda untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini.”

hockey-malaysia-vs-kanada-nov-2012Paul Revington menyenaraikan 18 pemain bagi mengalas cabaran negara ke pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru. Namun, bekas kapten negara yang juga pakar pukulan sudut penalti, Muhamad Amin Rahim dan tonggak berpengalaman, Jivan Mohan diketepikan daripada skuad kali ini. Malaysia bakal memulakan saingan kumpulan B menentang Pakistan pada 29 Jun 2013 dan Afrika Selatan sehari berikutnya sebelum diakhiri dengan perlawanan menentang England pada 2 Julai 2013.

SENARAI PEMAIN KE PUSINGAN SEPARUH AKHIR LIGA HOKI DUNIA 2013

Penjaga gol : S.Kumar, Roslan Jamaluddin
Pertahanan : Baljit Singh, Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Muhammad Razie Abdul Rahim, Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin
Midfielder : Faiz Helmi Jali, Mohamad Sukri Abd. Mutalib, Muhammad Marhan Mohd Jalil
Penyerang : Azlan Misron, Faisal Saari, Chua Boon Huat, Nabil Fiqri Mohd Noor, Mohd Fitri Saari, Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil, Norhizzat Sumantri, Muhammad Firhan Ashaari

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI DUNIA 2013 DI JOHOR BAHRU

Sabtu – 29 Jun 2013
15:00 (A) Jerman vs Argentina
17:00 (A) Korea Selatan vs Jepun
19.30 (B) Pakistan vs Malaysia
21.30 (B) England vs Afrika Selatan

Ahad – 30 Jun 2013
15:00 (A) Argentina vs Jepun
17:00 (A) Korea Selatan vs Jerman
19.30 (B) Pakistan vs England
21.30 (B) Afrika Selatan vs Malaysia

Selasa – 2 Julai 2013
15:00 (A) Jerman vs Jepun
17:00 (A) Argentina vs Korea Selatan
19.30 (B) England vs Malaysia
21.30 (B) Afrika Selatan vs Pakistan

Khamis – 4 Julai 2013 (Suku Akhir)
15:00 Juara Kumpulan A vs No.4 Kumpulan B
17:00 Naib Juara Kumpulan B vs No.3 Kumpulan A
19.30 Naib Juara Kumpulan A vs No.3 Kumpulan B
21.30 Juara Kumpulan B vs No.4 Kumpulan A

Sabtu – 6 Julai 2013 (Separuh Akhir)
15:00 Perlawanan Perebutan Kedudukan 5-8
17:00 Perlawanan Perebutan Kedudukan 5-8
19.30 Perlawanan Separuh Akhir 1
21.30 Perlawanan Separuh Akhir 2

Ahad – 7 Jualai 2013 (Akhir & Kedudukan 1-8)
15:00 7/8 Penentuan Kedudukan 7-8
17:00 5/6 Penentuan Kedudukan 5-6
19.30 3/4 Penentuan Kedudukan 3-4
21.30 1/2 Perlawanan Akhir (Penentuan 1-2)

This entry was posted in Hoki and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply