[HOKI] PAUL REVINGTON TARIK BALIK PERLETAKAN JAWATAN

Paul-Revington-dilantik-sebagai-jurulatih-MalaysiaKemelut yang melanda kem hoki negara dua minggu sebelum bermula separuh akhir Kejohanan Liga Hoki Dunia di Johor Bahru kembali terlerai. Jurulatih skuad hoki senior negara, Paul Revington telah menarik balik keputusan peletakan jawatannya selepas pertemuan tertutup dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Putrajaya semalam.

Pengendali kelahiran Afrika Selatan itu akan terus membimbing skuad negara sekurang-kurangnya sehingga pusingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru bermula 29 Jun ini. Dalam pertemuan selama 20 minit itu, Khairy mengesahkan bahawa Revington turut bersetuju bersetuju untuk mempertimbangkan keputusan terus bersama skuad negara selepas pusingan Liga Dunia itu.

Sabtu lalu, jurulatih antarabangsa kelahiran Afrika Selatan itu mengejutkan sukan tempatan apabila mengumumkan peletakan jawatannya menerusi kiriman e-mail kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). Menerusi e-mail berkenaan, Revington mendakwa wujud campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan terutamanya daripada jurulatih skuad remaja kebangsaan, K. Dharmaraj dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan.

paul-revington-and-arul-selvarajTerdahulu, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) turut mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Naib Presiden MHC, Majid Manjit Abdullah untuk meminta Revington supaya mempertimbangkan semula keputusannya. Badan induk hoki Malaysia itu juga bersedia untuk menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat dakwaan wujudnya campur tangan daripada dua jurulatih tempatan itu.

“Seandainya beliau (Revington) tetap dengan keputusannya, maka kita mencadangkan kepada pengurusan MHC untuk mengambil jurulatih sementara seperti pembantu jurulatih kebangsaan, Arul Selvaraj atau (bekas jurulatih negara), Sarjit Singh,” kata Majid selepas mesyurat tersebut.

“Namun, kita merayu kepada Revington untuk mempertimbangkan semula peletakkan jawatannya kerana beliau telah melakukan tugasan terbaik sejak membimbing skuad hoki negara,” katanya lagi.

Malaysia-naib-juara-Piala-Azlan-Shah-Cup-2013Paul Revington mula membimbing skuad hoki negara mengantikan Tai Beng Hai sejak Ogos tahun lalu. Bekas jurulatih Ireland itu yang pernah memenangi anugerah ‘Jurulatih Terbaik Dunia 2011’ oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) turut dibantu bekas pemain negara, Arul Selvaraj memikul tanggungjawap berat bagi memulihkan imej dan maruah pasukan hoki negara.

Kehadiran Revington berjaya memberi impak positif kepada prestasi hoki negara dengan menduduki tempat keempat pada Kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Argentina, November lepas selain meraih pingat gangsa pada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia kedua di Qatar, sebulan kemudian. Paling manis, Revinton berjaya membantu Malaysia muncul naib juara Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2013 di Ipoh, Perak selepas kalah 3-2 kepada Australia pada perlawanan akhir.

This entry was posted in Hoki and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply