[BOLA SEPAK] PIALA KONFEDERASI 2013 – TAHITI CURI TUMPUAN DUNIA

Tahiti-islandNama Tahiti, sebuah negara yang terletak di kepulauan Pasifik mungkin terlalu asing bagi masyarakat di seluruh dunia sebelum sepak mula Kejohanan Piala Konfederasi 2013 yang sedang berlangsung di Brazil bermula dari 15 hingga 30 Jun 2013. Kehadiran juara Piala Negara-Negara OFC 2012 dilabel sebagai skuad belasahan dan sebagai pelengkap senarai negara yang beraksi dalam kejohanan pemanas badan sebelum Kejohanan Piala Dunia 2013.

Tahiti merupakan sebuah negara kecil yang terletak di gugusan kepulauan Polynesia Perancis dengan memiliki keluasaan 1,045 km2 (sebesar negeri Perlis) dengan populasi penduduk sekitar 178,133 orang (pada Ogos 2007). Tahiti terkenal sebagai sebuah negara yang memiliki pantai dan pulau-pulau yang cantik menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia. Negara yang terletak di selatan Lautan Pasifik ini mewakili 69% penduduk kepulauan Polynesia Perancis.

Tahiti beraksi buat pertama kali dalam Kejohanan Piala Konfederasi 2013 mewakili Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC) muncul juara selepas berjaya memecah dominasi New Zealand dan Australia (yang kini menyertai AFC) apabila menewaskan New Caledonia 1-0 hasil jaringan tunggal Steevy Chong Hue di perlawanan akhir. Sebelum itu, Tahiti menyingkirkan Kepulauan Solomon 1-o manakala New Caledonia menundukkan juara bertahan, New Zealand 2-0.

Tahiti- juara-OFC-Nation-CUp-2012Juara Piala Negara OFC 2012 kini berada di kedudukan ke-139 ranking FIFA yang menjadi kebiasaan bagi negara-negara di kepulauan Pasifik yang menghuni tangga tercorot dalam ranking FIFA. Negara-negara di kepulauan Pasifik ini seperti Samoa, Fiji, Vanuatu, Papua New Guinea dan Tonga lebih terkenal dalam sukan ragbi. Malah, terdapat pemain ragbi kebangsaan yang turut sama mewakili negara dalam bola sepak di sesetengah negara di sini.

Dalam skuad kebangsaan Tahiti, hanya terdapat seorang sahaja pemain professional manakala selebihnya merupakan pemain-pemain amatur. Tahiti yang kini berada di ranking ke-139 FIFA memulakan kempen Kejohanan Piala Konfederasi 2013 dengan kekalahan 1-6 kepada Nigeria sebelum dibelasah oleh Sepanyol 10-0. Meskipun begitu, pencapaian Tahiti masih boleh dibanggakan berbanding ranking skuad kebangsaan Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-159 FIFA.

SENARAI SKUAD KEBANGSAAN TAHITI PIALA KONFEDERASI 2013

Penjaga gol : 1-Mikael Roche, 22-Gilbert Meriel, 23-Xavier Samin

Pertahanan : 4-Teheivarii Ludivion, 5-Tamatoa Wagemann, 8-Stephane Faatiarau, 10-Nicolas Vallar, 12-Edson Lemaire, 19-Vincent Simon, 20-Yannick Vero

Tengah : 6-Henri Caroine, 7-Heimano Bourebare, 11-Stanley Atani, 14-Rainui Aroita, 15-Lorenzo Tehau, 16-Ricky Aitamai, 17-Jonathan Tehau

Penyerang : 2-Alvin Tehau, 3-Marama Vahirua, 9-Teaonui Tehau, 13-Steevy Chong Hue, 18-Yohann Tihoni, 21-Samuel Hnanyine

Jurulatih : Etaeta Eddy

Incoming search terms:

  • yhs-per_001
  • skuad kebangsaan bola sepak pulau solomon
This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply