[FIFA] SEJARAH PENGANJURAN PIALA KONFEDERASI FIFA

Piala-Konfederasi-FIFAPiala Konfederasi FIFA merupakan kejohanan rasmi bola sepak yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kejohanan ini juga boleh disifatkan sebagai kejohanan antara benua atau juara antara juara yang mempertemukan juara setiap benua melibatkan enam konfederasi dan juara Piala Dunia FIFA serta tuan rumah Piala Dunia. Sejak 2005, kejohanan ini diadakan setiap 4 tahun sekali sebagai acara pemanas badan setahun sebelum sepak mula kempen Piala Dunia.

Sejarah penganjuran Piala Konfederasi FIFA bermula dengan penganjuran Piala Raja Fahd oleh Arab Saudi pada 1992 hingga 1997 sebelum diambil alih sebagai acara dwi-tahunan oleh FIFA dari 1999 hingga 2005 dengan Mexico dipilih selaku tuan rumah pertama kejohanan. Bermula tahun 2005, Piala Konfederasi FIFA mula dijadikan acara pemanas badan setahun sebelum Piala Dunia di samping turut berperanan menguji tahap persediaan tuan rumah Piala Dunia dalam pengajuran kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu.

Piala Konfederasi FIFA 2013 bakal memasuki edisi ke-7 sejak mula diperkenalkan pada 1997 dengan Brazil muncul selaku pasukan yang paling banyak menjulang piala ini sebanyak 3 kali diikuti dengan Perancis yang pernah muncul selaku juara sebanyak 2 kali manakala Mexico, Argentina dan Denmark turut mencatat nama selaku pemenang piala ini.

SENARAI JUARA PIALA KONFEDERASI FIFA

Rujukan : www.wikipedia.com

Incoming search terms:

  • senarai penganjur piala dunia
  • sejarah FIFA
  • senarai juara piala konfederasi
This entry was posted in FIFA and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply