[FIFA] KEJOHANAN PIALA KONFEDERASI FIFA 2013 DI BRAZIL

Piala-Konfederasi-FIFA-2013-BrazilKejohanan Piala Konfederasi FIFA 2013 bakal membuka tirai bermula hari ini sehingga 30 Jun 2013. Kejohanan ini adalah untuk memantau persediaan tuan rumah Brazil selain sebagai acara pemanas badan sebelum sepak mula Piala Dunia 2014. Piala Konfederasi 2013 bakal menyaksi penyertaan 8 pasukan terdiri dari 6 negara juara konfederasi (UEFA, AFC, CONCACAF, CONMEBOL, OFC dan CAF) dan juara Piala Dunia serta negara tuan rumah.

Sementara itu, Itali telah dipilih selaku wakil Eropah selepas Sepanyol merangkul kedua-dua kejuaraan, Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Eropah EURO 2012. Undian kejohanan ini telah diadakan pada 1 Disember 2012 di mana juara bertahan, Brazil diundi bersama-sama Itali, Mexico serta wakil Asia, Jepun dalam kumpulan manakala kumpulan B pula bakal menyaksikan persaingan Sepanyol, Uruguay dan Nigeria.

Kejohanan ini bakal berlangsung di enam daripada 10 stadium yang bakal menjadi hos Piala Dunia 2014 tahun depan termasuk Estadio do Maracana, Rio de Jenario (76,804), Estadio Nacional, Brasilia (70,064), Estadio Castela, Fortaleza (64,846), Estadio Mineirao, Belo Horizonte (62,547), Arena Forte Nova, Salvador (48,747) dan Arena Pernambuco (44,248). Di samping itu, bola rasmi kejohanan diberi nama ‘Cafusa’ yang merupakan singkatan kepada perkataan ‘Carnaval’ (Karnival), ‘Futebol’ (Bola sepak) dan ‘Samba’.

Kejohanan Piala Konfederasi 2013GoalControl-teknologi-garisan-gol bakal menyaksikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan menggunakan Garisan Teknologi Gol (GLT) yang bakal diselenggarakan oleh firma dari Jerman, GoalControl GmbH.

Aplikasi teknologi ini merupakan jalan penyelesaian bagi memastikan bola benar-benar melepasi garisan gol sekaligus menamatkan kontroversi jaringan gol samada dikira atau sebaliknya. Teknologi GoalControl menggunakan 14 buah kamera berkelajuan tinggi untuk memantau pergerakan bola. Teknologi ini akan menghantar mesej ke jam tangan dipakai pengadil satu saat sebaik sahaja gol berjaya dijaringkan.

SENARAI NEGARA BERTANDING DALAM PIALA KONFEDERASI 2013

  • Brazil (tuan rumah Piala Dunia 2014 / Piala Konfederasi 2013)
  • Sepanyol (juara Piala Dunia 2010 – FIFA)
  • Itali (naib juara Piala Eropah 2012 – UEFA)
  • Jepun (juara Piala Asia 2011 – AFC)
  • Mexico (juara Piala Emas 2011 – CONCACAF)
  • Uruguay (juara Copa Amerika 2011 – CONMEBOL)
  • Tahiti (juara Piala Oceania 2012 – OFC)
  • Nigeria (juara Piala Afrika 2013 – CAF)

JADUAL PERLAWANAN PIALA KONFEDERASI FIFA 2013

Perlawanan Kumpulan A

1-Brazil vs Jepun – Estadio Nacional (16 Jun 2013 – 3.00 pagi)
2-Mexico vs Itali – Estadio do Maracana (17 Jun 2013 – 3.00 pagi)
5-Brazil vs Mexico – Estadio Castelao (20 Jun 2013 – 3.00 pagi)
6-Itali vs Jepun – Arena Pernambuco (20 Jun 2013 – 6.00 pagi)
9-Itali vs Brazil – Arena Forte Nova (23 Jun 2013 – 3.00 pagi)
10-Jepun vs Mexico – Arena Pernambuco (23 Jun 2013 – 3.00 pagi)

Perlawanan Kumpulan B

3-Sepanyol vs Uruguay – Arena Pernambuco (17 Jun 2013 – 6.00 pagi)
4-Tahiti vs Nigeria – Estadio Mineirao (18 Jun 2013 – 3.00 pagi)
7-Sepanyol vs Tahiti – Estadio do Maracana (21 Jun 2013 – 3.00 pagi)
8-Nigeria vs Uruguay – Arena Forte Nova (21 Jun 2013 – 6.00 pagi)
11-Nigeria vs Sepanyol – Estadio Castelao (24 Jun 2013 – 3.00 pagi)
12-Uruguay vs Tahiti – Arena Pernambuco (24 Jun 2013 – 3.00 pagi)

SEPARUH AKHIR

13-Juara Kump. A vs Naib Juara Kump. B – Estadio Mineirao (27 Jun 2013 – 3.00 pagi)
14-Juara Kump. B vs Naib Juara Kump. A – Estadio Castelao (28 Jun 2013 – 3.00 pagi)

PENENTUAN KE-3 DAN 4

15-Pasukan Kalah 13 vs Pasukan Kalah 14 – Arena Forte Nova (1 Julai 2013 – 12.00 t/mlm)

PERLAWANAN AKHIR

16-Pemenang 13 vs Pemenang 14 – Estadio do Maracana (1 Julai 2013 – 6.00 pagi)

** Semua perlawanan dalam waktu Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • jadual piala konfederasi 2013
  • piala konfederasi 2013
  • piala konfederasi fifa 2013
  • jadual perlawanan piala konfederasi
  • jadual perlawanan piala konfederasi 2013
  • jadual piala konfederasi
  • piala confederasi 2013
  • senarai pemain euro brasil
This entry was posted in FIFA and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Apa Kata Anda?

Leave a Reply