[FIFA] BRAZIL, SEPANYOL MARA KE FINAL PIALA KONFEDERASI 2013

Piala-Konfederasi-FIFA-2013-BrazilSepanyol dan tuan rumah, Brazil menepati ramalan apabila mengesahkan slot ke perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013. Terdahulu, skuad Samba meneruskan kecemerlangan apabila menundukan juara Copa America 2011, Uruguay 2-1 menerusi jaringan Fred dan Paulinho. Sementara itu, Sepanyol pula cemas seketika selepas diikat seri 0-0 sepanjang 120 minit perlawanan namun kegagalan Leonardo Bonucci menyempurnakan sepakan penalti ke-7 memberi kemenangan buat La Roja.

BRAZIL CEMERLANG MENEWASKAN URUGUAY DI ESTADIO MINEIRAO

Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari berjaya mengembalikan kepercayaan peminat The Selecao apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 dengan menewaskan Uruguay. Namun, skuad bimbingan Oscar Tabarez terlepas peluang keemasan untuk berada di depan namun Diego Forlan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13. Sepakan tersebut yang menuju ke sebelah kiri gawang dapat dibaca Julio Cesar yang mudah menepis bola ke luar.

Kelemahan pertahanan Brazil dimanfaatkan oleh jentera serangan Uruguay. Namun di sebalik penguasaan permainan Uruguay itu, Brazil yang memiliki kelebihan ketajaman di bahagian serangan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-42. Fred yang tidak dikawal tenang menolak masuk bola muntah susulan percubaan Neymar cuba ditepis keluar oleh penjaga gol Uruguay, Fernando Muslera.

Bersambung babak kedua, barisan pemain Brazil terus gagal menampilkan aksi sebenar apabila mudah diancam oleh Uruguay. Kegagalan pertahanan Brazil mengeluarkan bola dari kawasan bahaya pantas dihukum oleh Edinson Cavani yang berjaya merampas bola sebelum melepaskan rembatan rendah kaki kiri untuk gol penyamaan pada minit ke-48. Gol penyamaan Uruguay menyaksikan skuad Samba tampil lebih aggresif.

Brazil+v+Uruguay+Paulinho+goal+2013Serangan berterusan daripada skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari akhirnya membuahkan hasil. Bermula dari sepakan sudut bintang sensasi Brazil, Neymar dari sebelah kanan berjaya ditanduk masuk oleh Paulinho untuk gol kemenangan The Selecao pada minit ke-86. Untuk rekod, ini merupakan kejayaan kelima Brazil mara ke perlawanan akhir di mana berjaya muncul juara sebanyak 3 kali pada 1997, 2005 dan 2009.

SEPANYOL MARA KE AKHIR MENERUSI PENENTUAN SEPAKAN PENALTI

Juara dunia dan Eropah, Sepanyol cemas seketika sebelum mara ke perlawanan akhir Piala Konfederasi 2013 menewaskan Itali menerusi penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam perlawanan yang sengit penuh taktikal sepanjang 120 minit perlawanan termasuk masa tambahan. Jesus Navas muncul wira dengan menyempurakan sepakan penalti terakhir La Roja selepas sepakan Leonardo Bonucci gagal menemui sasaran.

Sepanyol bermula garang sebaik wisel permulaan dibunyikan dan hampir mendahului namun percubaan Pedro Roriguez tidak menemui tersasar. Itali turut mencabar gawang La Roja menerusi tandukan Christian Maggio yang sedikit melewati palang selepas menerima umpanan cantik dari Andrea Pirlo. Giliran Alberto Gillardino menguji gawang Casillas menerusi percubaan jarak jauh pada minit ke-15. Anak-anak buah Cesare Prandelli terus mengasak menerusi percubaan Emanuele Giaccherini pada minit ke-57 namun diselamatkan oleh Iker Casillas.

Perlawanan babak kedua bermula hambar pada awal 20 minit pertama dengan bola banyak berlegar-legar di tengah padang. Itali sekali lagi melepaskan peluang keemasan apabila rembatan Claudio Marchisio dari jarak 6-ela pada minit ke-68 berjaya dihalang oleh pertahanan Sepanyol, Gerard Pique. Pada minit ke-85, Pique hampir mencatat nama selaku penjaring gol namun rembatan liar melepasi palang meskipun gawang Itali terbuka luas.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit perlawanan. Peluang terbaik Itali hadir menerusi percubaan Gianccherini namun rembatanya dari sebelah kiri sekadar mengegar tiang meskipun Casillas sudah tertewas. Tandukan Sergio Ramos pula pada minit ke-97 tidak menepati sasaran. Umpanan Iniesta pada minit ke-98 pantas disambar oleh Jordi Alba namun percubaannya sedikit melewati palang gol.

Sepanyol terus aggresif mengasak pada masa tambahan dengan Itali lebih banyak bertahan. Rembatan Juan Mata pada minit ke-108 sedikit tersasar di sebelah kanan gawang Itali. Percubaan Javi Martinez pada minit ke-115 tidak menemui sasaran. Anak-anak buah Vicente del Bosque terus mengasak gawang Itali yang dikawal oleh Gianluigi Buffon namun buntu untuk menjaringkan gol.

Enam sepakan penalti awal yang diambil oleh Antonio Candreva, Alberto Aquilani, Daniele De Rossi, Sebastian Giovonco, Andrea Pirlo dan Riccardo Montolivo berjaya mengegar gawang Casillas manakala sepakan penalti Sepanyol disempurnakan oleh Xavi Hernandez, Andres Iniesta, Gerard Pique, Sergio Ramos, Juan Mata dan Sergio Busquets. Namun, Leonardo Bonucci gagal menyempurnakan sepakan penalti ke-7 Itali membuka ruang buat Jesus Navas muncul wira apabila berjaya meledak gol kemenangan Sepanyol.

KEPUTUSAN PENUH SEPARUH AKHIR PIALA KONFEDERASI 2013

Separuh Akhir 1 – 26 Jun 2012
BrazilĀ  2 – 1 Uruguay
[1-0] Fred 41′
[1-1] Edinson Cavani 48′
[2-1] Paulinho 86′

Separuh Akhir 2 – 27 Jun 2012
Sepanyol (7) 0 – 0 (6) Itali

JADUAL PERLAWANAN AKHIR PIALA KONFEDERASI 2013

Final – Brazil vs Sepanyol
1 Julai 2013 – 6.00 pagi (waktu Malaysia)
Estadio do Maracana, Rio de Jenario

Penentuan 3 dan 4 – Itali vs Uruguay
1.00 Julai 2013 – 12.00 t/malam (waktu Malaysia)
Arena Forte Nova, Salvador

Incoming search terms:

  • final piala konfederasi 2013
This entry was posted in FIFA and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply