[CORETAN] PERBEZAAN HIGHBURY DAN EMIRATES BAGI LJUNGBERG

Freddie-Ljungberg-Arsenal-2000Mantan pemain Arsenal, Freddie Ljungberg mengakui kemeriahan menjadi perbezaan utama antara Stadium Emirates dan Highbury. Bekas pemain berusia 36 tahun itu kini yang berada di Jakarta dalam rangka promosi siri jelajah Arsenal ke Indonesia pada Julai nanti. Freddie Ljungberg kembali ke arena bola sepak dengan memulakan tugasnya sebagai duta Arsenal bulan ini selepas mengumumkan persaraannya pada selaku pemain bola sepak professional pada Ogos tahun lalu.

Sejak perpindahan ke Stadium Emirates pada musim panas 2006/07, The Gunners gagal meriah sebarang kejuaraan. Sebaliknya kegemilangan dan kemeriahan Stadium Highbury terus segar dalam sanubari penyokong-penyokong setia Arsenal. Meskipun memiliki lapangan padang yang kecil dan tempat duduk yang sempit namun semangat dan keghairahan penyokong di Highbury berjaya memberikan inspirasi buat pemain-pemain beraksi dengan cemerlang.

Bekas bintang antarabangsa Sweden itu mengakui prestasi Arsenal mengalami penurunan sejak perpindahan dari Highbury ke Stadium Emirates. Namun, perbezaan ketara antara Highbury dan Stadium Emirates adalah suasana dan persekitarannya. Meskipun sudah lama tidak beraksi bersama Arsenal namun Ljungberg masih merasai kehangatan suasana di Highbury yang jauh lebih baik berbanding Stadium Emirates.

from-emirates-with-love“Kami terus berkembang dan membiasakan diri untuk bermain di stadium baru. Namun, berbicara mengenai Highbury di mana ramai yang telah mengunjunginya dalam 20-30 tahun terakhir mengakui bahawa suasana dan persekitarannya di sana jauh lebih meriah,” kata Ljungberg ketika mempromosikan siri jelajah Arsenal di Jakarta baru-baru ini.

“Namun kini, suasana di Stadium Emirates semakin meriah dari masa ke semasa namun masih gagal untuk menandingi suasana di Highbury.”

“Itu merupakan perbezaan utama. Meskipun saya tidak bermain dalam beberapa tahun kebelakangan ini namun beraksi di Highbury jauh lebih meriah dan mengujakan.”

Freddie Ljungberg tiba di Arsenal pada 1998 dari kelab Sweden, Halmstads BK di mana telah melakukan 328 penampilan sepanjang 10 tahun bersama The Gunners dengan meraih 2 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 Piala FA dan 3 Perisai Komuniti. Bekas bintang antarabangsa Sweden itu mengakui perpindahan ke Stadium Emirates menjadi faktor Arsenal gagal menjulang kejuaraan sejak 8 musim yang lalu.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kelab memberi fokus kepada pembangunan stadium baru. Namun, kegagalan menjulang piala musim ini bakal menjadi tonik untuk Arsenal lebih bersaing merebut kejuaraan musim depan,” kata Ljungberg lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply