[CORETAN] KOSCIELNY MIRIP MARTIN KEOWN – TONY ADAMS

Laurent-Koscielny-last-ditch-tacklesLagenda Arsenal, Tony Adams mengakui aksi bertenaga Laurent Koscielny mengingatkan dirinya kepada Martin Keown. Gandingan mantap Adams-Keown berjaya membantu The Gunners meraih 9 kejuaraan utama termasuk kejuaraan berganda pada 1998 dan 2002. Selepas sedekad Martin Keown meninggalkan Arsenal, persembahan Laurent Koscielny berjaya memberi kekutan buat barisan back four Arsene Wenger.

“Koscielny sangat menyerlah (pada penghujung musim lalu),” kata Tony Adams kepada Arsenal.com baru-baru ini.

“Dia (Koscielny) banyak mengingatkan saya kepada Martin Keown. Dia sangat kental bertahan. Saya tidak suka melabel orang kerana Martin Keown merupakan salah seorang pemain terbaik yang kami miliki.”

“Tetapi persamaan antara mereka ialah cara Koscielny melakukan ‘marking’ dan last-ditch tacklenya.”

“Dia bertahan dengan melakukan terjahan. Apabila berhadapan situasi sukar dan bertahan satu lawan satu, tiada pemain yang mampu melakukan lebih baik sepanjang saya bermain (daripada Keown).”

“Saya rasa, untuk meletakan Koscielny pada kategori yang sama (dengan Keown) merupakan satu pujian besar.”

Arsenal's Koscielny and Mertesacker tackle Borussia Dortmund's Lewandowski during their Champions League Group F soccer match in DortmundTony Adam mengalu-alukan gandingan mantap Mertesacker dan Koscielny yang bakal memberi kekuatan buat The Gunners menamatkan musim 2012/13 yang sukar. Gandingan Mertesacker-Koscielny berjaya megekalkan rekod tanpa kalah dalam 15 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Saya rasa dia (Mertesacker) merupakan seorang pemain yang bagus dan dalam beberapa perlawanan pada menghujung musim ini, dia mula mendesak rakan-rakan pertahan yang lain dengan menjerit ‘Come On!’. Saya rasa dia perlu lebih menyerlah lagi,” kata bekas kapten Arsenal itu lagi.

“Saya katakan Arsenal kini memiliki barisan pertahan kelas pertama tetapi mereka harus bertahan sebagai satu pasukan. Itu merupakan falsafah di Arsenal – menyerang dan bertahan sebagai satu pasukan.”

“Mereka (Arsenal) melakukan dengan baik apabila memiliki midfielder di hadapan dua center back. Musim ini, dengan Ramsey dan Arteta, mereka kelihatan lebih baik,” kata Adams lagi.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply