[CORETAN] GADIS DAN BAKUL – KISAH CINTA THEO-MELANIE

Theo-Walcott-and-Melanie-SladeDi hadapan sebuah kedai di Kompleks Membeli Belah West Quay, Southampton kelihatan seorang gadis polos berdiri bersama sebuah bakul di tangannya. Gadis manis berusia 16 tahun itu mengisi masa lapangnya dengan berkerja sambilan sebagai pemberi cenderamata di Kedai Claire The Accessories. Pandangan pertama Theo terhadap gadis polos itu membuat hati berbunga. Cintanya terhadap mula berputik, dari mata turun ke hati.

Namun, hatinya gusar adakah rasa cinta terhadap gadis itu akan diterima. Theo bersama dua rakannya sekadar melintasi gadis itu beberapa kali. Rakan Theo membisikan kata-kata ke telinga Theo, “Bakul di tangannya untuk diletakan no. telefon kamu”. Akhirnya, Theo memberanikan diri untuk memberikan no. telefonya dan menyapa gadis itu dengan berkata, “Adakah anda sudi jika saya menghantar SMS kepada kamu.”

Lantas itu menjadi detik permulaan bibit-bibit cinta Theo Walcott dan Melanie Slade pada musim panas 2005. Meskipun mereka berdua masih di usia muda, Mel nyata senang dengan sikap terus terang dan kejujuran Theo untuk berkenalan dengannya walaupun pada mulanya Mel sama sekali tidak mengenalinya sebagai seorang pelatih bola sepak remaja Southampton.

Theo dan Mel keluar berpacaran buat pertama kali dengan menonton filem seram, Land of the Dead di mana filem itu cukup memberi kesan kepada Mel yang terlompat dan menjerit ketakutan.

Mel sememangnya tidak menyukai filem seram dan mengakui itu merupakan salah satu kesilapan Theo sepanjang mereka berpacaran.

Pada 2006, Melanie Slade mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian terhadap peperiksaan A-Levels di Kolej Itchen, Southampton daripada menemani dan memberi sokongan kepada Theo Walcott yang disenaraikan buat pertama kalinya dalam skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2006 di Jerman. Anak kepada Datuk Bandar Southampton ke-784 ini menanam impian untuk menamatkan pengajian ijazah dalam bidang fisioterapi.

Semasa ulang tahun kelahiran Mel ke-21, Theo telah menghadiahkan sebuah kereta Ferrari California berharga £140,000 dan beserta no. pendaftran peribadi buat kekasihnya itu. Namun, Mel menolak hadiah itu yang disifatkan agak keterlaluan untuk dirinya mempunyai sebuah kereta mewah dan memilih untuk terus menggunakan kereta VW Beetle. Pada 2012, Mel dan Walcott akhirnya mengikat tali pertunangan dan akan melangsungkan perkahwinan selepas Mel menamat pengajian ijazahnya dalam bidang fisioterapi.

Tanggal 15 Jun 2013, Theo Walcott (24) dan Melanie Slade (23) mengikat cinta mereka selepas 9 tahun berpacaran. Perkahwinan mereka yang bertemakan ‘fairytale’ telah diadakan di Castello Di Vincigliata, Tuscany, Itali dihadiri oleh rakan-rakan sepasukan Theo di Arsenal termasuk Kieran Gibbs, Laurent Koscielny, Aaron Ramsey, Thomas Vermaelen dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Namun, kedua-dua pasangan pengantin tidak mahu menerima sebarang hadiah daripada pengunjung yang hadir sebaliknya meminta mereka memberi sumbangan derma untuk Yayasan Willow yang diasaskan oleh lagenda Arsenal, Bob Wilson dan Macmillan CanCer Support. Yayasan Willow membantu pesakit kronik sekitar usia 16 hingga 40 tahun manakala Macmillan Cancer Support pula berperanan membantu mengesan pesakit kanser di UK.

Buat Theo dan Mel, Selamat Pengantin Baru. =)

Incoming search terms:

  • theo mellane
This entry was posted in Coretan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply