[BULETIN] SUNDERLAND MAHU SAMBAR VITO MANNONE

Vito-Mannone-want-back-to-ItalySunderland dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan Vito Mannone pada jendela perpindahan musim panas ini. Pengurus Sunderland, Paolo Di Caniokini sedang berusaha mendapatkan penganti kepada penjaga gol no.1, Simon Mignolet yang menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £11 juta minggu ini. The Black Cat dilaporkan sudah bersetuju dengan bayaran sebanyak £2.8 juta untuk mendapat penjaga gol Arsenal berusia 25 tahun itu.

Vito Mannone tiba di Arsenal dari Atalanta pada musim panas 2005 ketika berusia 17 tahun. Namun, penjaga gol kelahiran Bresio, Itali gagal mendapat tempat dalam skuad utama Arsene Wenger dengan banyak menghabiskan masa di bangku simpanan serta sebagai pemain pinjaman ke Barnsley (2006-07) dan Hull City (2010-2012). Sehingga kini, Vito Mannone hanya beraksi dalam 23 perlawanan sepanjang 8 tahun bersama The Gunners.

Vito+Mannone+vs+Jonathan+WaltersMusim 2012/13, penjaga berusia 25 tahun itu berjaya beraksi dalam 15 perlawanan bersama skuad utama Arsenal selepas Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski mengalami kecederaan. Aksi memberansangkan yang dipamerkan oleh Mannone berjaya menarik minat Sunderland untuk mendapatkan khidmatnya. Sunderland dilaporkan bakal mengadakan perbincangan lebih serius untuk membawa Mannone ke Stadium of Light.

Sementara itu, Arsenal bersedia untuk mengemukakan bidaan rasmi untuk mendapatkan penjaga gol antarabangsa Brazil, Julio Cesar yang dilaporkan bakal menuju pintu keluar dari Loftus Road selepas kejohanan Piala Konfederasi 2013 berakhir. Julio Cesar bakal mengawal gawang The Selecao pada perlawanan akhir menentang Sepanyol pada Ahad ini. The Gunners bakal berdepan dengan cabaran daripada AS Roma yang turut bermiat mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 33 tahun itu.

This entry was posted in Buletin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply