[BULETIN] SIR CHIPS KESWICK GANTI PETER HILL-WOOD

Sir-Chips-Keswick-Arsenal-chairmanArsenal FC mengumumkan bahawa Sir Chips Keswick dilantik sebagai pengerusi baru The Gunners bagi mengantikan Peter Hill-Wood yang mengundur diri ekoran masalah kesihatan. Bekas pengerusi Arsenal berusia 77 tahun itu baru pulih dari serangan jantung pada Disember tahun lalu dan peletakan jawatan oleh Peter Hill-Wood itu menamatkan dominasi keluarga Hill-Wood selaku pengerusi Arsenal sejak 1927.

Terdahulu, datuknya Sir Samuel Hill-Wood (1929–1936 dan 1946–1949) dan bapanya, Dennis Hill-Wood (1962–1982) merupakan pengerusi Arsenal. Peter Hill-Wood menyertai lembaga pengarah Arsenal sejak 1962 sebelum dilantik sebagai pengerusi Arsenal pada 1982. Beliau merupakan individu yang betanggungjawap dalam keputusan penting termasuk perpindahan dari Highbury ke Stadium Emirates.

“Ini merupakan keputusan sukar kerana Arsenal FC merupakan sebahagian daripada hidup saya. Walau bagaimanapun, saya rasa ini merupakan keputusan yang tepat bagi saya untuk berundur,” kata Peter Hill-Wood menerusi Arsenal.com.

“Saya berterima kasih kepada pemegang saham majoriti, Stan Kroenke kerana memberi penghormatan untuk saya terus memimpin (Arsenal) dan saya tahu Sir Chips merupakan individu yang tepat untuk memacu kelab ini ke hadapan.”

stan-kroenke-dan-hill-woodSementara itu, pemilihan Sir Chips Keswick, 73, yang merupakan ahli lembaga pengarah Arsenal FC sejak 2005 merupakan satu langkah yang tepat. Beliau merupakan bekas pengerusi bank pelaburan, Hambros Bank dan pengarah Bank of England. Sir Chips atau nama penuh Sir John Chippendale Lindley Keswick turut memiliki 10 saham atau 0.032% daripada saham dalam Arsenal merupakan salah seorang individu yang berpengaruh di England dan memiliki keupayaan untuk membantu pembangunan kelab.

“Pertamanya, saya berasa sedih melihat pengunduran Peter ekoran masalah kesihatan yang dialaminya dan kami berharap agar kesihatannya akan balik di samping proses pemulihannya,” kata Sir Chips ketika ditemubual buat pertama kali selepas dilantik sebagai pengerusi Arsenal.

“Keluarga Hill-Wood telah memberikan sumbangan yang luar biasa kepada Arsenal sejak berdekad yang lalu. Mereka turut menjadi nadi kepada pencapaian Arsenal sepanjang tempoh tersebut.”

“Saya berasa sangat bertuah kerana dipilih sebagai pengerusi Arsenal FC. Ini merupkan sebuah kelab yang hebat, dikenali dan dicintai oleh jutaan peminat. Saya akan berusaha memacu kelab ini kehadapan untuk lebih berjaya,” kata ahli perniagaan berusia 73 tahun itu lagi.

SENARAI NAMA PENGERUSI ARSENAL FC

1-Sir Henry Norris (1910-1927)
2-Sir Samuel Hill-Wood (1927-1936)
3-Lord Granard (1936-1946)
4-Sir Samuel Hill-Wood (1946-1948)
5-Sir Robert Bracewell-Smith (1948-1961)
6-Denis Hill-Wood (1961-Mei 1982)
7-Peter Hill-Wood (Mei 1982-Jun 2013)
8-Sir Chips Keswick (Jun 2013-kini)

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply