[BULETIN] SANTI CAZORLA PEMAIN TERBAIK ARSENAL MUSIM 2012/13

Santi-Cazorla-goal-vs-Aston-Villa-2013Santi Cazorla membuka langkah kanan pada musim pertamanya bersama Arsenal apabila dipilih selaku pemain terbaik Arsenal musim 2012/13. Bintang antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun ini tiba di Arsenal dari kelab La Liga, Malaga CF pada 7 Ogos 2012 dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £12 juta. Pada debut musim bersama The Gunners, Cazorla berjaya menjaringkan 12 gol dan menghasilkan 16 assist dalam 49 perlawanan.

Berdasarkan undian menerusi laman rasmi Arsenal, Cazorla telah menerima 42.2% undian mengatasi pertahanan antarabangsa Perancis, Laurent Koscielny yang memperoleh 13.5% undian. Theo Walcott pula berada di tempat ketiga dengan meraih 12.7% manakala Mikel Arteta pula di tempat ke-4 dengan 5% undian. Sepanjang musim ini, pemain kelahiran Llanera, Sepanyol itu telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Bulanan Arsenal sebanyak 4 kali.

Berdasarkan statistik daripada Opta, Cazorla tampil selaku pemain yang melakukan sentuhan paling banyak dalam Liga Perdana Inggeris dengan 3258 (satu sentuhan setiap 61 minit). Cazorla turut muncul selaku pemain yang paling banyak melakukan hantaran sempurna dalam kawasan final third dan pemain ketiga paling banyak mencipta peluang buat rakan sepasukan selepas bek kiri Everton, Leighton Baines dan pemain sayap City, David Silva dengan 96 peluang.

Kecemerlangan Cazorla menyaksikan dirinya turut disenaraikan dalam ‘PFA Team of The Season 2012/13’. Musim ini, Santi Cazrola menjadi tonggak utama The Gunners apabila telah disenaraikan kesebelasan utama Arsenal dalam 37 daripada 38 perlawanan liga. Kehadiran pemain berusia 28 tahun ini yang bertindak sebagai playmaker Arsenal berjaya mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Cesc Fabregas dan Samir Nasri sejak dua musim yang lalu.

lukas-podolski-volley-goal-vs-montpellierSementara itu, jaringan Lukas Podolski ketika menentang Montpellier pada 18 September 2012 telah dipilih selaku Gol Terbaik Arsenal musim 2012/13 dengan menerima 40% undian mengatasi jaringan Walcott ketika menentang Newcastle United pada 29 Disember tahun lalu yang memperoleh 21% undian. Jaringan Podolski itu hadir selepas menerima umpanan daripada Olivier Giroud dan penyerang antarabangsa Jerman itu meledakan sepakan volley dari jarak 25 meter menewaskan penjaga gol Montpellier.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply