[BULETIN] ROSICKY, GERVINHO DIINTAI KELAB LUAR INGGERIS

Arsenal-Tomas-Rosicky-vs-Mark-van-BommelMeskipun tidak menjadi pilihan skuad utama Arsenal serta dibelenggu dengan masalah kecederaan namun Tomas Rosicky masih berjaya menarik minat beberapa kelab luar Liga Perdana Inggeris. Menurut Talksport.com, kapten skuad kebangsaan Republik Czech itu mendapat tawaran rasmi bernilai £2 juta dari kelab Greece, Olympiakos dengan kontrak 3 tahun. Selain itu, Sparta Praha dan Hamburg SV turut menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah berusia 32 tahun itu.

Tomas Rosicky tiba di Arsenal dari kelab Bundesliga, Borrusia Dortmund dengan yuran perpindahan bernilai £6.8 juta pada 23 Mei 2006. Sepanjang bersama The Gunners, pemain yang digelar The Little Mozart ini sudah melakukan 182 kemunculan dengan menjaringkan 22 gol. Musim ini, Rosicky hanya beraksi dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 2 gol. Walaupun peranan Rosicky dalam skuad utama Arsenal semakin terbatas namun Arsenal masih mahu mengekalkan pemain berusia 32 tahun ini.

gervinho-yao-goal-vs-olympiakosSementara itu, seorang lagi pemain Arsenal yang kian disisihkan, Gervinho turut menarik minat beberapa kelab dari Ligue 1 Perancis termasuk Olympique Marseille, Olympique Lyon dan Lille. Bintang antarabangsa Ivory Coast berusia 26 tahun itu kini dilihat semakin sukar mendapat tempat dalam skuad utama The Gunners sejak ketibaan Lukas Podolski dan Santi Cazorla serta peningkatan yang dipamerkan oleh bintang muda England, Alex Oxlade-Chamberlain.

Gervinho Yao menyertai Arsenal dari kelab Ligue 1, Lille pada 12 Julai 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £10.8 juta. Pemain kelahiran Anyama, Ivory Coast telah beraksi dalam 63 perlawanan dengan menjaringkan 11 gol  dan menghasilkan 13 assist. Pada jendela perpindahan musim panas ini, Gervinho bersedia untuk mempertimbangkan perpindahan keluar dari Stadium Emirates.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply