[BULETIN] LAGENDA ARSENAL BERAKSI DALAM PERLAWANAN AMAL

Arsenal-Legends-vs-World-Refugee-XIPasukan Arsenal Legends XI diikat seri 1-1 dengan pasukan Refugee XI Thousands pada Ahad lalu dalam sebuah perlawanan amal sempena Hari Pelarian Sedunia. Arsenal Legends XI diuruskan oleh pemenang dua pingat emas Olimpik yang juga merupakan seorang penyokong setia The Gunners, Mo Farah sementara pasukan World Refugee XI dikendalikan oleh bekas pelatih akademi Arsenal, Fabrice Muamba.

Penganjur utama perlawanan, Tony Adams dan Tom Watt telah menjemput bekas-bekas bintang Arsenal termasuk Ian Wright, Ray Parlour, Gus Caeser, Michael Thomas, Paul Davis, David Hillier, Vince Bartram, Perry Groves, Stephen Hughes dan Adrian Clarke bagi membarisi pasukan Arsenal Legends itu. Perlawanan tersebut diadili oleh pengadil Liga Perdana, Mark Halsey bersama dua orang pembantu pengadil.

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply