[BULETIN] FREDDIE LJUNGBERG DILANTIK SEBAGAI DUTA ARSENAL

Mantan bintang Arsenal, Freddie Ljungberg diumumkan sebagai duta The Gunners dalam usaha mengembangkan pengaruh Arsenal di seluruh dunia. Bekas pemain antarabangsa Sweden itu merupakan sebahagian daripada skuad The Invincibles yang menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris selain meraih 8 kejuaraan utama sepanjang bersama Arsenal. Pemain berusia 36 tahun itu bahu sahaja mengumumkan persaraannya selaku pemain bola sepak pada Ogos 2012.

Tugasan pertama Ljungberg bermula pada bulan ini dengan membantu promosi bagi siri jelajah pra-musim Arsenal ke Asia. Ketua Pemasaran Arsenal, Charles Allen gembira dengan perlantikan bekas bintang Sweden itu dengan berkata, ” Kami gembira Freddie (Ljungberg) telah bersetuju dengan peranannya sebagai duta. Dia merupakan seorang pemain yang disayangi oleh penyokong-penyokong dan kami gembira dia kembali (bersama Arsenal).”

Freddie Ljungberg memulakan karier awal bersama kelab Sweden, Halmstads BK pada 1989 ketika berusia 12 tahun sebelum berhijrah ke Arsenal pada 1998 dengan yuran perpindahan bernilai £3 juta. Sepanjang 10 tahun bersama The Gunners, Ljungberg telah beraksi dalam 328 penampilan termasuk 43 kali selaku pemain gantian dengan menjaringkan 72 gol di samping meraih 2 kejuaraan Liga Perdana Inggeris, 3 kejuaraan Piala FA dan 3 Perisai Komuniti..

Freddie-Ljungberg-Arsenal-2000Pemain sayap kelahiran Vittsjo, Sweden ini menandatangi kontrak selama 4 tahun bersama West Ham United pada 23 Julai 2007. Kecederaan rusuk serius yang dialami oleh Ljungberg ketika bersama The Hammers menyebabkan kedua-dua pihak mencapai persetujuan utk menamatkan kontrak Ljungberg lebih awal. Setelah pulih dari kecederaan, Ljungberg berkelana ke MLS untuk beraksi bersama-sama Seattle Sounders FC (2009-2010) dan Chicago Fire SC (2010) sebelum kembali ke Ligo Scotland bersama-sama Celtic pada 2011.

Ljungberg kemudiannya menyertai kelab J-League, Shimizu S-Pulse pada 6 September 2011 dan meninggalkan kelab itu pada Februari 2012. Meskipun cuba dilamarkan oleh beberapa kelab Liga Australia, Ljungberg akhirnya mengumumkan persaraanya pada 24 Ogos 2012. Bersama skuad kebangsaan Sweden, Ljungberg telah beraksi dalam 75 perlawanan dengan menjaringkan 14 gol. Bekas pemain berusia 36 tahun nyata gembira dapat kembali berhidmat bersama The Gunners.

“Saya berbangga diberi tanggungjawap sebagai duta (Arsenal). Kelab ini sememangnya memiliki tempat istimewa di hati sayaseperti yang semua orang tahu dan saya akan berusaha untuk mengembangkan kelab ini,” kata Ljungberg menerusi laman rasmi Arsenal.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply