[BULETIN] ARSENAL UNGGULI ANUGERAH PADANG EPL TERBAIK 2013

Stadium Emirates telah dipilih selaku Padang Terbaik Dalam Liga Perdana Inggeris 2013 selepas Paul Ashcroft telah memenangi anugerah ‘Premier League Groundsman of the Year’ bagi tahun 2013. Institut Kajian Sukan Turf telah mendedahkan bahawa hasil daripada kajian yang dilakukan terhadap gelanggang permainan dalam semua liga professional di England. Ketua pemotong rumput Arsenal, Paul Ashcroft melahirkan rasa bangga selepas dipilih menerima anugerah tersebut.

“Ini merupakan berita yang hebat, kami sepasukan berkerja keras sepanjang tahun ini,” kata Paul Ashcroft kepada Arsenal.com.

“Ini merupakan tahun yang sukar, kami mengharungi cukup perlawanan tetapi cuaca juga berpihak kepada kami. Secara keseluruhannya ini merupakan tahun yang cukup berjaya.”

“Standard pemotongan rumput di Liga Perdana Inggeris sangat tinggi, ini mungkin merupakan yang terbaik di Eropah. Jadi, memenangi anugerah ini sangat hebat.”

Ashcroft telah berkhidmat bersama Arsenal lebih 11 tahun dan mengakui perpindahan ke Stadium Emirates memberikan cabaran berbeza buat dirinya meskipun dibantu oleh staf-staf pengurusan padang yang lain pada setiap perlawanan.

Arsenal-best-pitch-in-Premier-League“Highbury mempunyai kawasan yang terbuka dan stadiumnya tidak begitu besar. Teknologi (di Highbury) sedikit ketinggalan. Kini kamu terlah berpindah ke stadium baru dengan struktur padang yang baru serta sistem pencahayaan artificial yang bagus banyak membantu kami dari segi pengurusan padang berbanding Highbury.”

“Arsenal sentiasa mengeluarkan perbelanjaan untuk kami yang telah membantu kami untuk berkhidmat dengan baik. Ini membolehkan kami membeli produk dan peralatan yang berbeza untuk mendahului pasukan lain. Kami berterima kasih atas sokongan berterusan dari Arsenal.”

Selain Arsenal, terdapat 4 kelab lain yang turut mendapat pengiktirafan hasil kerja keras mereka termasuk Jonathan Calderwood (Aston Villa), Terry Forsyth (Liverpool), Andrew Tylly dan Mick Curran (Newcastle United) serta Darren Baldwin (Tottenham Hotspurs).

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply