[BULETIN] ARSENAL UNGGULI ANUGERAH FAIR PLAY 2012/13

jack-wilshere-vs-wigan-athletic-2012Meskipun gagal meraih sebarang kejuaraan musim ini namun Arsenal berjaya mengenepikan 19 pasukan Liga Perdana Inggeris untuk merangkul anugerah Liga Fair Play bagi musim 2012/13. Skuad bimbingan Arsene Wenger unggul dengan 1361 mata mengatasi Tottenham Hotspurs yang mengumpul 1302 mata di tempat kedua manakala Liverpool dikedudukan ketiga dengan 1300 mata.

Sementara itu, pemenang musim lalu, Swansea City pula terposok di posisi ke-14 apabila sekadar memungut 1242 mata manakala Stoke City dikedudukan tercorot dengan 1169 mata. Anugerah ini diberikan kepada pasukan Liga Perdana Inggeris yang beraksi mengikut peraturan Fair Play yang ditetapkan. Antara 5 aspek yang dinilai termasuk :

* Jumlah kad merah dan kad kuning
* Permainan positif (bermain menyerang, tidak membuang waktu atau melambatkan permainan)
* Menghormati pihak lawan
* Menghormati pengadil perlawanan
* Kelakukan terhadap pasukan rasmi

Penilaian ini bermula sejak sepak mula Liga Perdana Inggeris hingga perlawanan terakhir pada 21 Mei yang lalu. Hasil daripada pencapaian ini, Arsenal menerima £30,000 daripada Jawatankuasa Kebajikan FA England yang bakal digunakan untuk pembangunan pemain-pemain remaja. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger nyata berbangga dengan komitmen dan semangat kesukanan yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya.

“Arsenal sangat menyanjung tinggi nilai-nilai Fair Play dalam persaingan dan tindakan positif di dalam mahupun diluar padang,” kata Arsene Wenger menerusi Arsenal.com.

“Kami sangat berbangga dengan pengiktirafan ini dan akan menggunakan wang hadiah yangdiberikan untuk pembangunan pemain-pemain muda tempatan kami,” kata pengurus berusia 63 tahun itu lagi.Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply