[BULETIN] ARSENAL SEDIA UNTUK MEMBAWA MASUK PEMAIN BINTANG

Arsenal+Training+Session+2011Arsenal telah mengumumkan bahawa tiga pemainnya Andrey Arshavin, Denilson dan Sebastian Squillaci bakal meninggalkan Stadium Emirates pada musim panas ini selepas kontrak mereka yang bakal berakhir pada 30 Jun ini tidak disambung. Pemergian pemain-pemain ini bakal memberi impak positif kepada kewangan The Gunners sekaligus meningkatkan keboleh upayaan untuk membawa masuk beberapa pemain-pemain berstatus bintang ke Arsenal.

Andrey Arshavin tiba di Stadium Emirates dengan rekod perpindahan tertinggi The Gunners bernilai £15 juta dari Zenit St. Petersburg pada 31 Januari 2009. Sepanjang bersama Arsenal, bekas kapten Russia itu telah beraksi dalam 144 penampilan dengan menjaringkan 31 gol. Detik paling diingati pastinya ketika Arshavin meledak 4 gol ketika mengikat Liverpool 4-4 di Anfield pada April 2009. Namun, pemain berusia 32 tahun ini kian disisihkan dengan hanya melakukan 37 penampilan dalam 2 musim terakhir.

Sementara itu, Denilson pula menyertai Arsenal dari Sao Paulo pada 31 Ogos 2006 dengan yuran perpindahan bernilai bernilai £3.4 juta. Pemain berusia 25 tahun ini berjaya melakukan 153 penampilan bersama The Gunners dari 2006 hingga 2011. Sejak 2011, Denilson gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama menyaksikan pemain kelahiran Brazil itu kembali menyertai Sao Paulo sebagai pemain pinjaman dengan berjaya membantu menjulang Piala Copa Sudamericana 2012.

Meskipun kontrak Denilson hanya berakhir pada Jun 2014 namun pemain tengah Brazil itu telah mencapai persetujuan bersama dengan Arsenal untuk membatalkan kontrak. Meskipun mendapat tawaran daripada beberapa kelab utama Brazil antaranya Santos, Gremio dan Cruzeiro, Denilson akhirnya memiliki untuk kembali menyertai kelab remajanya, Sao Paulo dengan menandatangai perjanjian secara tetap.

Sebastian Squaillaci pula gagal memberi impak kepada The Gunners sejak tiba dari Sevilla pada musim panas 2010 dengan yuran perpindahan bernilai £4 juta. Pertahanan kelahiran Toulon, Perancis itu melakukan 40 kemunculan sepanjang 3 musim bersama Arsenal. Kelibat pemain berusia 32 tahun itu semakin dipinggirkan selepas ketibaan pertahanan antarabangsa Jerman, Per Mertesacker pada 31 Ogos 2011.

Selain trio ini, Arsenal bersedia untuk melepaskan beberapa pemain lagi termasuk Nicklas Bendtner, Marouane Chamakh, Lukasz Fabianski, Johan Djourou, Andre Santos dan Park Chu Young. Andai usaha ini berhasil, The Gunners akan memiliki dana behasil hasil penjimatan daripada gaji pemain-pemain ini yang berjumlah lebih £400,000 seminggu. Justeru itu, Arsenal tidak menghadapi masalah untuk membawa masuk beberapa nama-nama besar seperti Gonzalo Higuain, Marouane Fellaini, Stevan Jovetic dan sebagainya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply