[BULETIN] ANDREY ARSHAVIN KEMBALI KE ZENIT ST. PETERSBURG

Andrey-Arshavin-returns-to-ZenitBagai sireh pulang ke gagang, Andrey Arshavin kembali menyertai kelab remajanya, Zenit St. Petersburg selepas menandatangani kontrak selama 2 tahun. Bekas kapten Russia berusia 32 tahun itu merupakan pemain termahal The Gunners apabila melengkapkan perpindahan dari Zenit St. Petersburg pada Februari 2009 dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta. Namun, Arsenal mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak Arshavin yang bakal berakhir pada 30 Jun ini.

Arshavin merupakan antara salah seorang pemain terbaik Russia dekad ini dilahirkan pada 29 Mei 2009 di Leningrad (kini dikenali sebagai Saint Petersburg) dan memulakan karier awal bersama kelab tempatan, Zenit St. Petersburg ketika berusia 7 tahun. Pemain yang berketinggian 1.72m ini mula mendapat tempat dalam skuad utama The Blue White Sky Blues ini pada tahun 2000. Sepanjang 9 musim bersama Zenit, Arshavin telah menjaringkan 71 gol dan menghasilkan 109 assist dalam 301 perlawanan.

Bersama Zenit St. Petersburg,  Arshavin berjaya membantu meraih beberapa kejuaraan utama termasuk 2 kejuaraan Liga Perdana Russia (2007, 2011/12), 1 Piala Super Russia (2008), 1 Piala Perdana Super Russia (2003), 1 kejuaraan Piala UEFA (2007/08) dan 1 kejuaraan Piala Super UEFA (2008). Sementara itu, bersama skuad kebangsaan Russia pemain berusia 32 tahun ini sudah memiliki 74 caps dengan menjaringkan 17 gol.

andrey-arshavin-celebrate-gol-vs-coventryArshavin mendapat debut bersama The Gunners pada 21 Februari 2009 ketika menentang Sunderland. Bekas kapten Russia itu telah beraksi dalam 144 penampilan dengan menjaringkan 31 gol dan menghasilkan 41 assist. Namun, Arshavin semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama Arsenal ekoran prestasi mantap yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda The Gunners. Musim lalu, Arshavin hanya beraksi dalam 11 perlawanan dengan menjaringkan 1 gol.

Kepulangan Arshavin ke Zenit St. Petersburg bakal memberikan sinar baru dalam kariernya yang semakin malap. Pemain berusia 32 tahun ini turut disisihkan dari skuad kebangsaan Russia sejak ketibaan pengurus baru, Fabio Capello yang mengantikan Guus Hiddink. Buat Andrey Arshavin, terima kasih atas sumbangan anda dan selamat maju jaya.

This entry was posted in Buletin and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply