[BERITA] NAZMI FAIZ, ROZAIMI DIKETEPIKAN KERANA TIADA SPM

rozaimi-abdul-rahman-sabah-harimau-mudaNazmi Faiz Mansor dan Rozaimi Abdul Rahman tidak disenaraikan dalam pasukan Harimau Muda yang akan bersaing dalam Sukan Universiti Dunia 2013 (Universiade) di Kazan, Russia pada bulan depan sebagai salah satu persiapan dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA Naypyidaw hujung tahun ini. Kedua-dua pemain tersebut diketepikan untuk kejohanan itu kerana tidak menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menjadi syarat untuk menyertai Universiade.

Skuad Harimau Muda kini sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Sukan Universiti Dunia 2013 itu dengan mengadakan siri perlawanan persahabatan di Slovakia dan Austria. Namun, jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak menolak kemungkinan Nazmi Faiz akan dipanggil untuk Pestabola Merdeka dan Sukan SEA Naypyidaw jika pemain itu beraksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia bersama PKNS.

“Saya akan menilai prestasinya dalam Piala Malaysia sebelum membuat keputusan. Dia pemain yang berbakat dan saya akan memerhatikan perkembangannya,” kata Kim Swee.

“Nazmi dan Rozaimi tidak layak untuk ke Kazan nanti tetapi masih boleh dipertimbangkan untuk kejohanan yang lain.”

latihan-Harimau-Muda-di-AustraliaOng Kim Swee juga telah memanggil lapan pemain dari Liga Malaysia untuk mengukuhkan pasukan yang kini dibelenggu masalah kecederaan. Antara pemain-pemain yang dipanggil bagi mengukuhkan skuad ke Kazan, Russia termasuk Zubir Azmi (Terengganu), K Reuben (ATM), S Sivanesan (Negeri Sembilan), K Prabakaran (Sime Darby), Nik Shahrul Azim Ab Halim (Kelantan), Nazri Ahmad (Johor Darul Takzim), Nazirul Naim Che Hashim (FC Ryukyu) dan Junior Eldstal (Sarawak).

Anak didik Kim Swee bakal berdepan laluan penuh berliku untuk membawa pulang pingat pada temasya itu apabila diundi dalam kumpulan C bersama-sama Itali, Great Britain dan Algeria. Harimau Muda bakal memulakan saingan bertemu Itali dalam aksi pembukaan pada 5 Julai nanti sebelum bertemu Great Britain (8 Julai) dan Algeria (10 Julai). Untuk rekod, skuad negara gagal melepasi saingan peringkat kumpulan pada temasya edisi 2011 di Shenzen, China selepas tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan.

Incoming search terms:

  • nazmi faiz spm
  • biodata rozaimi abdul rahman 2013
  • keputusan spm nazmi faiz
  • keputusan spm nazmi faiz mansor
  • rozaimie abd rahman dipanggil skuad 2016
This entry was posted in Berita and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply