[SPECIAL] T-SHIRT DAN MUFFLER ARSENAL FAN MALAYSIA 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa pre-order t-shirt dan muffler rasmi Arsenal Fan Malaysia (AFM) dibuka secara rasmi hari ini. Tujuan kami melalukan jualan t-shirt ini adalah bagi mencari sedikit dana bagi aktiviti-aktiviti page Arsenal Fan Malaysia selain bertujuan mempromosi lagi page kami ini. Kepada yang  berminat, anda diminta untuk membaca syarat dan cara melakukan tempahan berserta dengan pembayaran penuh.
muffler-Arsenal-Fan-Malaysia-2013

Harga Muffler AFM seunit : RM15 (tanpa postage)
Material : Micro fiber mesh
Jenis : Silk screen printing
– RM 5 (postage Semenanjung Malaysia)
– RM10 (postage Sabah dan Sarawak)
– kalo beli untuk 2-5 helai muffler boleh bayar untuk kos 1 postage sahaja.

t-shirt-AFM-home-2012-01Bagi baju AFM pula, reka bentuk mengambil inspirasi daripada jersi Arsenal (Home dan Away) musim 1988/89. Kejayaan paling istimewa pada musim tersebut apabila Arsenal berjaya menewaskan Liverpool 2-0 di Anfield pada 26 Mei 1989 sekaligus mengesahkan kejuaraan Liga Divisyen 1 Inggeris (kini dikenali sebagai Liga Perdana Inggeris). Kejayaan ini merupakan kejuaraan liga pertama buat The Gunners selepas 18 tahun.

t-shirt-AFM-away-2012-01Harga T-shirt (Home/Away) : RM35 (tanpa postage)
Material : Micro fiber mesh
– Silk screen printing utk perkataan AFM depan
– Sulaman utk logo meriam depan dan belakang
Saiz : Mengikut saiz standard di Malaysia
– RM 5 (postage Semenanjung Malaysia)
– RM10 (postage Sabah dan Sarawak)
– kalo beli untuk 2-3 helai baju boleh bayar untuk kos 1 postage sahaja.
– saiz baju adalah fit to body
– untuk lengan panjang sila tambah RM5

PAKEJ ISTIMEWA

pakej-istimewa-baju-AFMBaju AFM (Home/Away) + Muffler AFM : RM50 (jimat kos utk postage)
– percuma postage Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

UKURAN SAIZ BAJU

Shirt measurementTEMPOH TEMPAHAN

– Tempahan dibuka mulai 28 Mei 2013 hingga pukul 5 Jun 2012 secara pre-order.
– Kami akan mula menghantar tempahan ke kilang pada 7 Jun 2013 dan tempoh untuk cetakan adalah selama 3 minggu. Ini kerana waiting list kilang tersebut agak panjang.
– Baju ini dijangka siap selewat-lewatnya pada 28 Jun 2013.
– Penghantaran akan mula dibuat bermula pada 8 Julai 2013 kerana saya akan menghadapi peperiksaan final exam bermula dari 28 Jun hingga 7 Julai 2013.

CARA PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank :

Nama | Mohd Naim Bin Zainol
Acc No | 157344-062389

Setelah pembayaran dibuat sila e-mail maklumat tempahan dan bukti pembayaran ke arsenal4u_official@yahoo.com

Bukti pembayaran
– Slip bank/ printscreen Maybank2u
– Jumlah Bayaran
– Tarikh bayaran
– Waktu bayaran

Maklumat tempahan
– Produk yang dikehendaki
– Saiz baju (jika tempahan baju)
– Nama penuh
– Alamat
– No h/p

SOALAN-SOALAN LAZIM

S : Takde ready stock ke?
J : Ini pertama kali kami melakukan tempahan ini dan setakat ini tiada ready stock.

S : Bila boleh dapat?
J : Tarikh tutup pre-order pada 5 Jun 2013 dan tempoh untuk mencetak adalah 3 minggu kerana kilang tersebut mempunyai waiting list yang panjang. Dan saya terpaksa menangguh penghantaran seminggu lagi kerana saya bakal menghadapi peperiksaan dari 28 Jun-7 Julai. Penghantaran akan dibuat bermula pada 8 Julai 2013 menggunakan Pos Laju.

S : Kenapa mahal sangat/ Tak boleh murah lagi ke?
J : Kos baju ini sedikit tinggi kerana kita menggunakan baju yang custom made dan sulaman untuk logo meriam. Jadi kos sedikit mahal berbanding baju ready made dan prinsting sahaja.

S :  Tak diskaun atau promosi ke?
J : Kita bersedia memberikan sedikit diskaun untuk pembelian lebih daripada 2 unit. Sila hubungi kami menerusi laman fb Arsenal Fan Malaysia.

S : Saiz baju ikut standard mana?
J : Saiz baju ini adalah custom made mengikut standard saiz rakyat Malaysia tetapi fit to body.

S : Kenapa tak buat untuk kain cotton?
J : Untuk design ini kami memilih untuk menggunakan kain micro fibre mesh dan kami akan menggunakan kain cotton pula untuk design yang akan datang.

S : Apa itu material micro fiber mesh?
J : Micro fiber mesh adalah kain sintetik seperti kain jersi.

p/s : jika terdapat sebarang persoalan sila ke laman page facebook Arsenal Fan Malaysia

This entry was posted in Special and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply