[SERIE-A] JUTAWAN INDONESIA MAHU BELI INTER MILAN

Jutawan Indonesia, Erick Thohir dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan pemilik kelab gergasi Itali, Inter Milan dengan mengemukakan tawaran yang lumayan. Selepas 18 tahun, Massimo Moratti sedang mempertimbangkan secara serius untuk melepaskan kelab yang menjadi kebanggaan keluarganya. Konsortium milik Thohir bersedia mengemukakan bidaan dianggarkan berjumlah 240 juta (USD 339 juta) untuk 80% permilikan saham.

Terdahulu, Moratti mahu menjual 20-30% saham kelab untuk mencari dana bagi melangsaikan hutang dan pembangunan stadium baru untuk skuad Nerazzurri. Namun, Erick yang memiliki saham dalam kelab bola sepak MLS, DC United dan pasukan bola keranjang NBA, Philadelphia 76′s. Selain itu, jutawan berusia 43 tahun itu turut pasukan bola keranjang, Satria Muda BritAma Jakarta dan Indonesia Warrior.

Namun, Massimo Moratti menafikan khabar angin bahawa dia akan menjual sebahagian saham miliknya meskipun bakal menerima tawaran daripada Thohir. Pemilik Inter Milan berusia 65 tahun itu menegaskan belum menerima sebaran tawaran untuk membeli saham Nerazzurri daripada jutawan Indonesia itu.

“Saya tidak meneriam sebarang tawaran untuk pengambil alihan saham kelab ini. Kami hanya berjumpa dan mengenali antara satu sama lain,” kata Moratti kepada akhbar Itali, La Stampa.

“Saya tidak bercadang untuk menjual kelab (Inter Milan) buat masa ini.”

Incoming search terms:

  • jutawan indonesia
This entry was posted in Seria A and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply