[PERSPEKTIF] TIADA PEMAIN BINTANG AKAN TINGGALKAN ARSENAL

martin-keown-openning-the-arsenal-brent-crossLagenda Arsenal, Martin Keown optimis bahawa tiada pemain bintang lagi yang akan meninggalkan Stadium Emirates yang turut didorong faktor kejayaan The Gunners melayakkan diri beraksi dalam saingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Terdahulu, skuad bimbingan Arsene Wenger berjaya memuktamadkan slot beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan kejayaan menewaskan Newcastle United pada perlawanan akhir liga.

Di sebalik kemarau kejuaraan yang dialami oleh Arsenal sejak 8 musim yang lalu, deretan pemain-pemain bintang termasuk Robin van Persie, Cesc Fabregas, Samir Nasri, Gael Clichy, Alex Song dan ramai lagi telah meninggalkan The Gunners. Namun, senario ini pastinya berbeza apabila Arsenal berjaya untuk melayakan di beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim ke-16 berturut-turut.

“Saya tidak berfikir demikian. Perbezaanya kerana (Arsenal) bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah,” kata Martin Keown ketika ditanya mengenai perpindahan keluar pemain bintang dari Arsenal.

“Ya, mereka kehilangan Robin van Persie, Cesc Fabregas, Alex Song, Gael Clichy dan Samir Nasri pada dua musim terakhir ini. Tetapi saya melihat itu tidak terjadi musim ini.”

“Jack Wilshere adalah berlian di makhota tetapi dia tidak akan behijrah keluar. Pasukan ini berkembang bersama dia. Tetapi itu kerana pengurus ingin kembali berada di kedudukan 4 pasukan terbaik musim ini,” kata Keown lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply