[PERSPEKTIF] SAYA BANYAK BELAJAR DARI ROSICKY – CHAMBERLAIN

Oxlade-Chamberlain-on-training-2012Bintang muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain mengakui dirinya banyak belajar daripada Tomas Rosicky, dalam dan di luar padang. Meskipun sering dibelenggu masalah kecederaan dalam beberapa musim kebelakangan ini, namun kapten antarabangsa Republik Czech itu berjaya memberi inspirasi dan motivasi buat pemain-pemain muda Arsenal. Pemain berusia 19 tahun ini melengkapkan perpindahan ke Stadium Emirates pada 6 Ogos 2011 dengan yuran perpindahan bernilai £12 juta.

Anak kelahiran Hampshire, England berjaya mendapat debut bersama skuad utama Arsenal pada 28 Ogos 2011 ketika menentang Manchester United di Old Trafford. Selain itu, pemain sayap The Gunners ini turut memiliki 10 caps dalam skuad utama England sejak melakukan debut pada 26 Mei 2012 ketika menentang Norway. Oxlade-Chamberlain mengakui bahawa perwatakan Rosicky di bilik persalinan juga turut memberi inspirasi kepada pemain-pemain muda Arsenal.

“Apabila anda melihat di bahagian tengah padang dan anda melihat seseorang yang mampu membawa bola dengan mengubah dinamik rentak pemainan dengan besar sekali,” kata pemain yang digelar The Ox itu kepada Arsenal Player.

Tomas-Rosicky-Bayern-Munich-Mac-2013“Dia (Rosicky) mampu berpusing untuk melakukan pergerakan dan rembatan, dia seorang pemain yang bijak serta memiliki kerja keras yang luar biasa. Rosicky seorang pemain yang hebat.”

“Cara dia bermain sangat positif, dia sentiasa melihat kehadapan dan membelah pertahanan lawan. Dia berani mengambil risiko dan menjadikan ia suatu kenyataan.”

“Dia seorang yang baik yang saya kenali. Anda akan sering tertawa rinag dan berjenaka ketika bersamanya tetapi apabila dalam bola sepak dia banyak membantu saya.”

“Dengan pengalaman yang dimiliki olehnya, dia sentiasa memberi nasihat tetapi dengan cara yang baik sekali serta membantu saya untuk menjadi seorang yang professional. Dia seorang pemimpin yang baik ketika di bilik persalinan,” kata Oxlade-Chamberlain lagi.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply