[PERSEPKTIF] ARSENE WENGER TIDAK MENYALAHKAN SAGNA

wenger-masih-percaya-giroud-dan-podolskiArsene Wenger mengakui keputusan seri 1-1 antara pasukan bimbingannya dengan Manchester United di Stadium Emirates hujung minggu lalu cukup adil untuk kedua-dua pasukan. Pengurus berusia 63 tahun itu turut menyelar kenyataan Sir Alex Ferguson yang menganggap pengadil perlawanan, Phil Dowd kerana terlalu mudah melayangkan kad kuning kepada pemain-pemain Manchester United.

“Kedua-dua pasukan sudah memberikan segala-galanya untuk menang, sejak awal perlawanan hingga minit akhir,” kata Wenger kepada Sky Sports.

“Kami (Arsenal) juga telah memberikan yang terbaik dan kecewa dengan cara kami dibolosi. Ini merupakan satu tamparan hebat buat kami.”

Dalam perlawanan tersebut, Arsenal berjaya mendahului menerusi jaringan Theo Walcott seawal minit kedua. Namun, kesilapan Bacary Sagna menjatuhkan Robin van Persie menyaksikan Red Devils dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil, Phil Dowd pada minit-minit akhir separuh masa pertama. Robin van Persie tidak menghadapi masalah untuk menyempurkan sepakan tersebut dan kedudukan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Wenger tidak menyalahkan bek kanan Arsenal itu sebagai punca The Gunners gagal meraih 3 mata bagi mengukuhkan cengkaman dalam kelompok empat pasukan terbaik untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah msuim depan. Namun, pengurus berbangsa Perancis itu mengakui Sagna gagal beraksi dengan baik dan melakukan beberapa kesilapan yang hampir menghukum Arsenal.

“Saya fikir pada mulanya Sagna beraksi teruk dan itu mungkin berlaku. Mungkin dia sedikit cemas dan mahu memperbaiki kesilapan dengan terlalu cepat tetapi dia masih memiliki masa untuk melakukan terjahan itu.”

“Saga tidak memberitahu saya apa yang berada di dalam fikirannya. Yang pasti, dia juga sangat kecewa malam itu. Dia merupaka pemain yang memberikan segalanya dalam setiap perlawanan.”

This entry was posted in Perspektif and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply