[PERPINDAHAN] KYLE EBECILIO SERTAI FC TWENTE

Kyle-Ebecilio-ArsenalPemain muda Arsenal, Kyle Ebecilio mengesahkan akan meninggalkan The Gunners hujung musim ini untuk menyertai kelab Eredivisie, FC Twente dengan menandatangani kontrak selama 4 tahun. Pemain berusian 19 tahun itu memilih untuk kembali ke kampung halamannya sejak tiba di utara kota London pada 2010 meskipun mendapat tawaran daripada dua kelab Liga Perdana Inggeris, Swansea City dan Fulham.

Pemain kelahiran Rotterdam, Belanda memulakan karier awal bersama kelab tempatan Feyenoord. Sehingga kini, Kyle Ebecilio sudah melakukan 36 penampilan serta menjaringkan 6 gol bersama skuad remaja Arsenal. Pemain muda Belanda itu menuju pintu keluar Stadium Emirates untuk mencari lebih peluang beraksi dalam saingan lebih kompetatif demi mengembangkan kariernya. Selain FC Twente, Ebecilio turut menarik minat beberapa kelab Belanda, PSV Eindhoven dan Feyenoord.

“Saya terus terang mengakui memiliki rasa yang sesuai dengan FC Twente dan dan berasa muda (di sana). Saya mahu bermain sebanyak mungkin, menimba pengalaman dan menjadi lebih baik. Untuk itu, saya harus berkerja keras dan membuktikan kemampuan,” kata Ebecilio kepada Sky Sports.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply