[KOMENTAR] PENGURUSAN ARSENAL LUAR BIASA – GARY NEVILLE

Gary-Neville-Sky-SportsLagenda Manchester United, Gary Neville memuji kejayaan pengurusan Arsenal yang berjaya mengimbangi situasi kewangan yang tidak memberansangkan namun berjaya mengekalkan konsistensi The Gunners untuk kekal beraksi di peringkat tertinggi bola sepak Eropah. Ahad lalu, Arsenal berjaya menundukkan untuk Newcastle United menerusi jaringan tunggal Laurent Koscielny dalam perlawanan penuh dramatik di St. James Park.

Kemenangan tersebut mengesahkan The Gunners beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di kedudukan ke-4 dengan mengumpul 73 mata, hanya satu mata mengatasi pencabar terdekat Tottenham Hotspurs. Kejayaan ini disambut gembiran oleh pemain, pengurusan dan penyokong-penyokong Arsenal selepas layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk musim ke-16 berturut-turut.

“Mereka (Arsenal) hanya menghabiskan £9 juta secara bersih untuk tempoh 10 tahun dan berjaya mengekalkan konsistensi di peringkat ini beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah,” kata Gary Neville baru-baru ini.

“Mereka telah membina stadium bola sepak dan mereka hampir melangsaikan hutang tersebut kini.”

“Jika mereka meneruskannya sehingga kini (saya melihat) ia akan menjadi seperti satu kejayaan pengurusan yang paling hebat apabila anda melihat kembali sejarah mereka.”

“Sebahagian penyokong Arsenal marah kerana mereka mahu Arsenal mencapai lebih banyak (kejayaan) lagi tetapi dalam semua kegilaan dan hutang sebenarnya mereka telah melakukan perkara yang sangat betul.”

“Apa yang perlu mereka lakukan kini setelah hampir selesai membayar hutang adalah untuk mara ke hadapan. Saya rasa dia tahu, Arsene Wenger, masa sudah tiba,” kata Neville lagi yang kini berkhidmat sebagai pengulas bersama Sky Sports.

Arsenal akan bangkit msuim depan. Come on you Gunners..

Sumber : Klik video di sini

This entry was posted in Komentar and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply