[KOMENTAR] ARSENAL TIDAK MEMILIKI BINTANG DAN CITA-CITA BESAR

Alisher-Usmanov-Russian-tycoonAlisher Usmanov tidak dapat menyembunyikan kekecewaanya lantaran gagal memecah dominasi dan penguasaan Stan Kroenke dalam pengurusan di Stadium Emirates. Jutawan berusia 59 tahun itu merupakan pemegang saham kedua terbesar Arsenal turut kecewa kerana Arsenal kini tidak memiliki bintang dan cita-cita besar untuk meraih kejuaraan di mana sekadar berpuas hati dengan kedudukan keempat liga.

Menurut Indeks Jutawan Bloomberg, Alisher Usmanov berada di kedudukan ke-39 selaku orang yang terkaya di dunia dengan kekayaan keseluruhan berjumlah $17.3 billion. Ketika ini, jutawan kelahiran Uzbekistan hanya memiliki 30% saham Arsenal berbandng 67% yang dimiliki oleh Stan Kroenke sekaligus tidak mempunyai suara besar dalam menentukan hala tuju Arsenal.

Malah, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa Usmanov berhasrat menjual sahamnya lantaran prestasi minimun dipamerkan oleh skuad bimbingan Arsene Wenger. Namun, jutawan berusia 59 itu menafikan khabar angin tersebut dan menegaskan dirinya bersedia untuk mengeluarkan dana perbelanjaan serta membeli pemain bintang serta mengembalikan cita-cita selaku pasukan yang utama di Eropah.

“Ketika ini, Arsenal ini tidak memiliki cita-cita besar dan pemain bintang dalamnya. Mereka (Arsenal) sekadar berpuas hati dengan menamatkan liga di kedudukan empat terbaik,” kata Usmanov kepada media Russia baru-baru ini.

“Arsenal memerlukan penyerang berkualiti dan memiliki nama besar. Dengan itu, mereka akan kembali bersaing untuk merebut trofi Liga Perdana Inggeris.”

This entry was posted in Komentar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply