[KOMENTAR] ANTARA KESTABILAN ATAU KEJUARAAN – PETR CECH

Petr-Cech-Chelsea-2012Petr Cech mengatakan kekaguman yang dimiliki Arsenal dan Manchester United yang meraih banyak kejuaraan di bawah satu pengurus namun mengakui sukar untuk memilih antara kedua-duanya. Arsenal sememangnya dikenali sebagai kelab yang paling stabil sama ada dari segi kewangan mahupun pengurusan. Kelab yang berpangkalan di utara London ini sentiasa memiliki keseimbangan dari aspek kewangan setiap musim meskipun dibebani dengan hutang pembinaan stadium yang besar.

Namun, kegagalan menjulang trofi sejak 7 musim yag lalu sedikit menjejaskan reputasi Arsenal lantaran gagal mendapatkan pemain-pemain yang berkualiti. Penjaga gol Chelsea berusia 30 tahun mengagumi pengurusan The Gunners yang sukar untuk ditandingi oleh kelab-kelab lain meskipun sering dikritik hebat oleh penyokong-penyokong Arsenal kebelakangan ini lantaran kemarau kejuaraan yang dialami oleh mereka.

“Jika anda melihat kestabilan, organisasi dan kawalan yang dimiliki oleh Arsenal cukup luar biasa,” kata Petr Cech kepada Daily Star.

“Tetapi, jika anda bertanya kepada penyokong-penyokong mereka (Arsenal) tentang 8 tahun terakhir, mereka akan mengatakan bahawa Arsenal tidak memenangi apa-apa dan mereka tidak menyukainya.”

“Dari satu aspek, kami (Chelsea) selalu mengatakan bahawa kami ingin memiliki kestabilan yang lebih baik. Tetapi kami selalu berusaha untuk meraih sebuah kejuaraan. Penyokong kami mungkin berkata, ‘Ya, kami ingin melihat kestabilan yang lebih baik tapi kami lebih memiliki utuk mendapatkan kejuaraan.’ Itu merupakan yang sukar untuk dipilih.”

Penjaga gol antarabangsa Republik Czech berjaya meraih 12 kejuaraan bersama Chelsea mengakui bahawa Manchester United menunjukan contoh yang lebih ideal di mana memiliki kestabilan kelab yang cukup bagus dan berjaya meraih banyak kejuaraan. Petr Cech menyatakan apa yang dilakukan oleh Chelsea kini tidak salah cuma lebih penting berusaha melakukan yang lebih baik dan mencapai keputusan yang maksima.

“Situasi idea adalah senario Manchester United di mana mereka mempunyai pengurus yang sama (setiap musim) dan memenangi jumlah kejuaraan yang banyak.”

“Tetapi kami mahu membuktikan semua ini salah. Kami mahu menunjukan bahawa di Chelsea semua orang mencuba melakukan yang terbaik. Tidak ada sesiapa yang peduli siapa pengurusnya dan bagaimana musim berlangsung,” kata Cech lagi.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply