[KECEDERAAN] LUKAS PODOLSKI BAKAL JALANI PEMBEDAHAN

Lukas-Podolsi-injured-2012Penyerang Arsenal, Lukas Podolski bersedia menjalani pembedahan sebaik musim ini berakhir bagi memulihkan masalah kecederaan yang dialaminya. Bintang antarabangsa Jerman dilaporkan mengalami masalah pergelangan di kaki kirinya sejak tiba Arsenal dari FC Koln pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £10 juta. Namun, Podolski akan terus beraksi dalam baki 3 perlawanan terakhir bersama Arsenal.

Lantaran itu, Podolski dijangka akan berehat selama dua bulan dan terlepas aksi perlawanan persahabatan atarabangsa bersama skuad kebangsaan Jerman menentang Ecuador dan Amerika Syarikat pada 29 Mei dan Jun ini. Malah, pemain berusia 27 tahun itu bakal terlepas siri jelajah pra-musim Arsenal termasuk kunjungan ke Indonesia pada 7 Julai ini namun dijangka cergas sepenuh sebelum musim baru bermula Ogos depan.

Dalam musim pertamanya bersama Arsenal, Lukas Podolski sudah beraksi dalam 2555 minit serta berjaya menjaringkan 14 gol serta menghasilkan 11 assist setakat ini. Namun, Galatasaray dilaporkan akan mengemukan tawaran utnuk mendapatkan penyerang antarabagsa Jerman itu pada jendela perpindahan musim panas. Kelab gergasi Turki itu bersedia mengemukan tawaran sebanyak £12 juta untuk membawa Podolski ke Turk Telecom Arena, Istanbul.

Hasrat besar Galatasaray itu bagi membina skuad yang mantap musim depan selepas mempamerkan aksi cemerlang dengan berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Sebelum ini, Galatasaray berjaya mendapatkan khidmat Didier Drogba dan Wesley Sneijder pada bulan Januari lalu. Selain Podolski, kelab gergasi Turki turut mengintai beberapa nama besar untuk dibawa masuk termasuk Arjen Robben, Luis Suarez dan Luis Muriel.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply